Apakah Datuk Seri Ahmad Said tidak mengiktiraf Badan
Perhubungan UMNO Terengganu apabila akan menyerahkan sendiri senarai nama calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk UMNO Bahagian Kemaman kepada Perdana Menteri?
Apakah
kepimpinan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri pimpinan Datuk Seri Ahmad Razif
tidak diiktiraf bekas Menteri Besar Terengganu itu?
Semalam
bekas Menteri Besar itu mengatakan beliau akan menyerahkan sendiri senarai nama calon PRU14 untuk
Umno Bahagian Kemaman kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.
Atau
Ahmad Said bimbang senarai akan diubah oleh pucuk pimpinan UMNO Negeri sebelum
diserahkan kepada Presiden UMNO berkenaan?
Apakah
ini antara persetujuan Ahmad Said dan Najib dalam menyelesaikan kemelut politik
sebelum ini?
Ahmad Said pada majlis di Kemaman semalam. |
Menurut
Ahmad Said semalam, senarai berkenaan
akan diputuskan UMNO Bahagian Kemaman
menerusi perbincangan yang akan dibuat dan selepas itu beliau sendiri akan
berjumpa dengan Najib untuk berbincang mengenainya.
"Bila
kita dapatkan senarai itu daripada perbincangan kita, saya akan berusaha untuk
bertemu perdana menteri sendiri dan serahkannya.
"Saya
tak nak orang buat spekulasi (mengenai senarai calon), buat pilihan macam-macam
dan akhirnya ia akan menjejaskan parti apatah lagi dalam keadaan politik ketika
ini," katanya kepada pemberita.
Beliau menyatakannya selepas menyempurnakan majlis perasmian
mesyuarat berkelompok cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kemaman
di Pejabat Umno Bahagian Kemaman, malam kelmarin.
Bagaimanapun
setakat ini, Ahmad berkata, senarai nama calon itu masih belum dibincangkan
jawatankuasa Umno Bahagian Kemaman.
Ditanya
sama ada beliau berhasrat untuk bertanding lagi dalam PRU14 nanti, Ahmad
bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
"Saya
tak mahu komen apa-apa...tapi apa-apa boleh terjadi, dalam politik tak ada
perkara mustahil," katanya.
No comments:
Post a Comment