Kerajaan negeri
diminta supaya memberi perhatian khusus terhadap perkembangan pembangunan di
Tasik Kenyir yang telah melibatkan kos begitu besar agar bergerak sebagaimana
yang dirancang dan mencapai matlamat sebenar.
Dr. Syed Azman Syed Syed Ahmad Nawawi (PAS - Batu Buruk)
dalam perbahasan usul ucapan terima kasih atas titah diraja dalam Dewan
Undangan Negeri hari ini berkata, ia tidak harus dibiarkan menjadi suatu yang
sia-sia dan menambah satu lagi bebanan negeri.
“Secara peribadi saya agak skeptikal dengan perkembangan
Tasik Kenyir kerana janji dan komitmen tidak tercapai.
Contoh pada 8 Disember
2013 bekas menteri besar ketika itu memberitahu kedai bebas cukai akan mula
beroperasi pada 2014, dan 20 kedai bebas cukai akan dibuka.
“Beliau menjanjikan akan ada pelaburan besar dari dalam
dan luar negara. Sebanyak RM1.8 billion pelaburan dalam negara dan hampir RM1
billion lagi dari Itali dan China,”ujarnya.
Di samping itu beliau menarik perhatian tentang masa
depan taman burung, taman orkid dan taman rama-rama di beberapa pulau di tasik
berkenaan yang keseluruhannya dikatakan menelan peruntukan lebih RM20 juta.
Pada sidang sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Roslee Daud berkata kerajaan negeri akan meneliti cadangan pembangkang untuk
membina sebuah kem khas bagi menempatkan belia yang terjebak dengan
penyalahgunaan dadah di sebuah pulau.
Beliau berkata cadangan Mohd Abdul Wahid Endut (PAS –
Wakaf Mempelam) itu memerlukan penelitian terperinci untuk dilaksanakan.
“Yang Berhormat kata kerajaan negeri kena buat tindakan
yang ‘keras’ sedikit untuk mencegah pelajar sekolah menengah yang terjebak
dengan dadah.
“InsyaAllah, kita akan teliti cadangan ini,” katanya
dalam sesi soal jawab pada persidangan semalam.
Roslee...teliti cadangan. |
Wahid mengesyorkan perkara itu bagi memastikan penagih
dadah sukar mendapatkan bekalan sekiranya diletakkan di penempatan khas di
pulau yang sukar dimasuki pembekal dadah.
Terdahulu, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (BN – Kuala
Besut) inginkan penjelasan mengenai usaha kerajaan dalam membanteras
penyalahgunaan dadah terutama di kalangan pelajar sekolah menengah.
Roslee yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Besi
berkata setakat ini, kerajaan negeri banyak melaksanakan pelbagai program
antaranya dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Yayasan Pembangunan
Keluarga Terengganu (YPKT)
.
“Selain bekerjasama dengan pihak polis dan Jabatan
Pendidikan Negeri Terengganu, program bersama YPKT turut melibatkan penyertaan
ibu bapa kerana antara faktor pelajar terjebak dengan dadah ialah keruntuhan
institusi keluarga mereka.
“Mungkin pembangkang lihat langkah yang diambil ini
seperti agak ‘lembut’, kita ambil pendekatan berhemah dan setakat ini nampaknya
kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah menengah di negeri ini
masih terkawal,” katanya
Assalamualaikum, saya JERRY ANDI sangat gembira kerana saya mendapat pinjaman kedua dari Anthony Yuliana Lenders dan kali ini saya mendapat pinjaman sebanyak Rp 330 juta setelah saya meminta untuk membuat bayaran untuk biaya insurans dan bayaran transfer saya, semua pujian yang dialamatkan kepada ALLAH, saya mendapat pinjaman sebesar Rp 330 juta dari Anthony Yuliana Lender agar ALLAH memberkati mereka semua, nasihat saya kepada mereka yang mencari pinjaman di situs ini sehingga mereka harus berhati-hati karena ada banyak peminjam pinjaman palsu , Anthony Yuliana Lenders adalah salah satu pinjaman peminjam terbaik dalam talian untuk pinjaman 100%, hubungi
ReplyDelete(anthony.yulianalender@gmail.com)
atau whatsapp +1 (323) 4026088
email me{jerryandi843@gmail.com}