Ghazali ( dua, kanan) menyerahkan sijil pengesahan halal kepada Sham Fazli (kanan)
|
Jabatan Hal Ehwal Agama
Terengganu (JHEAT) merekodkan hanya 22 daripada 124 atau kira-kira 18 peratus
hotel dan resort di negeri ini mempunyai sijil pengesahan halal.
Hotel dan resort yang
mempunyai sijil pengesahan halal itu terdiri daripada 16 di Kuala Terengganu,
dua di Marang, masing-masing satu di Besut, Hulu Terengganu dan Setiu, manakala
terdapat satu di Kemaman yang masih dalam proses pengesahan.
Meskipun pengesahan sijil
halal bukan sesuatu yang wajib dimiliki hotel atau resort yang mempunyai dapur
makanan, namun peratusan yang sangat rendah itu wajar diberi perhatian serius.
Pengerusi Jawatankuasa
Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata,
pengusaha hotel atau resort seharusnya menyedari bahawa dengan adanya
pengesahan sijil halal secara tidak langsung memberi banyak kelebihan kepada
mereka.
“Kita sarankan kepada
pengusaha hotel dan resort untuk mohon sijil halal, ia bukan sesuatu yang wajib
tetapi atas kesedaran.
“Ini kerana, dengan adanya
sijil halal akan dapat memberi keyakinan dan jaminan kepada pelanggan
masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian
kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sijil Pengesahan Halal
Malaysia Kepada Duyong Marina & Resort, di sini.
Hadir sama, Pesuruhjaya
JHEAT, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim dan wakil Duyong Marina & Resort, Sham
Fazli Jusoh.
Menurut Ghazali lagi,
pihaknya turut menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa sukar untuk memperoleh
sijil pengesahan halal serta terpaksa menunggu sehingga enam bulan.
“Dakwaan mengatakan proses
permohonan mengambil masa sehingga enam bulan adalah tidak benar.
Sebaliknya, permohonan hanya mengambil
masa tidak lebih sebulan dengan syarat telah patuhi peraturan yang
ditetapkan,”katanya.
No comments:
Post a Comment