Din (paling kanan, pada program Perdana Menteri semalam. |
"Hanya Din Adam dan Rosli Mat Hassan ada ubat atasi penyakit ‘cah keting’ di Dungun tetapi bagaimana sekiranya kedua-duanya terus menjadi pesakit?"
Dungun kini didominasi
oleh PAS apabila ia menang di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka,
Sura dan Rantau Abaang.
Ia juga memang di Parlimen
Dungun.
Di hadapan rakyat ramai
pada satu majlis di Dungun semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
secara terbuka menasihatkan Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun Datuk Din Adam,
bersama bekas Ketua UMNO Bahagian, Datuk Rosli Mat Hassan dan Anggota Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud supaya mengelakkan perbuatan ‘cah
keting’ atau sabotaj.
Kenyataan Presiden UMNO
menggambarkan kebenaran mengeni wujudnya ‘cah keting’ di kalangan pemimpin UMNO di DUN dan
Parlimen Dungun. Namun apakah ia akan dapat dihentikan?
‘Cah keting’ akan tetap
berlaku kerana kesan pemilihan Bahagian UMNO Dungun di mana Din dan Rosli
berentap dan ‘dendam yang membara’ antara mereka belum terpadam.
Kemenangan tiga sayap parti yang berpihak kepada kem Rosli
dalam pemilihan sebelumnya ternyata bukan deposit untuk membolehkan Rosli
sebaagai penyandang Ketua Umno Bahagian Dungun itu mengekalkan kedudukan
apabila dirampas pencabarnya, Din.
Keputusan Din yang juga bekas ADUN Bukit Besi masuk
gelanggang sekali lagi pada Oktober 2013
itu bagi menentang Rosli setelah dikecewakan pada pemilihan sebelumnya akhirnya membuahkan hasil apabila beliau
berjaya menambat hati majoriti perwakilan dengan meraih 431 undi berbanding Rosli
dengan 358 undi.
Rosli tewas pilihan raya dan tewas di Bahagian UMNO Dungun. |
Malah di satu-satunya DUN
di menangi oleh Barisan Nasional (BN) iaitu Bukti Besi juga dikatakan bergolak
apabila nama penyandangnya, Roslee sering ‘tenggelam-timbul’ dalam senarai
calon BN yang dikatakan akan bertanding pada PRU-14.
Begitu juga dengan senarai
calon Parlimen di mana Din dan Rosli dikatakan bersilih ganti dan jelas
walaupun tewas pada pilihan raya lalu, Rosli masih mengintai Parlimen
berkenaan.
Din bagaikan tersepit
antara Rosli dan Roslee apabila sesekali namanya ‘naik’ di DUN Bukit Besi dan
sesekali di Parlimen Dungun.
"Jangan cah keting.
Pastikan Anggota Jawatankuasa turun sampai ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan
PDM turun kepada Ketua Cawangan. Ketua Cawangan pula turun kepada Ketua
kampung.
"Semua perlu
dalam satu pasukan sebab kita kena tubuh kerajaan yang kuat kerana saya
mempunyai visi yang besar untuk Malaysia," tegas Najib semalam.
Najib yang juga Pengerusi
BN semalam tetaap menyatakan keyakinannya
bahawa BN akan terus kekal menerajui
Terengganu walau dalam keadaan apa sekali pun.
Ini berdasarkan perkembangan semasa dan kegigihan
pemimpinnya membela nasib rakyat.
Namun di sebalik keyakinan
itu, Najib menekankan perpaduan di
kalangan pemimpin amat perlu diberi perhatian. Ia agar kawasan-kawasan yang tewas dapat dikuasai
semula bagi mengukuhkan kedudukan parti dan kerajaan.
Razali verceramah di pentas PAS di Dataran Ketengah Jaya. |
Sejauh ini hanya DUN Bukit
Besi sahaja dapat dikekalkan oleh UMNO selepas PAS dan PKR bertelagah di kerusi
berkenaan pada pilihan raya umum lalu.
Najib jelas tahu masalah yang telah, sedang dan akan
berlaku di Dungun, iaitu perbuatan sabotaj sesama sendiri di kalangan calon dan
penyokong BN.
DUN Paka dan DUN Rantau
Abang tergolek ke tangan PAS pada pilihan raya umum 2013 kerana banyak faktor tetapi
paling besar ialah ‘cah keting’ (sabotaj).
Berikutan itu, Najib menarik
perhatian bahawa sekiranya tanpa berlaku `cah keting' sesama sendiri, ini akan
lebih mudah mengembalikan kerusi Parlimen Dungun juga kerusi DUN Sura, Paka dan Rantau Abang kepada BN.
Itu hanya atas kertas
namun kekuatan dan kekukuhan PAS Dungun terserlah, apalagi Pesuruhjaya PAS,
Satiful Bahri Mamat ada di Dungun iaitu ADUN Paka.
Sementara kepimpinan yang
lain juga Nampak teguh dan padu.
Ini semakin bertambah kuat
apabila jelas pemimpin Perti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Terengganu turun
berceramah bersama-sama pemimpin PAS Dungun di Dataran Ketengah Jaya baru-baru
ini.
Kesediaan Pengerusi Badan
Pimpinan PPBM Negeri Terengganu, Datuk Razali Idris menguatkan lagi keyakinan
PAS bahawa ia bukan sahaja mampu mengekalkan tiga kerusi DUN tetapi juga kerusi
Parlimen.
Semalam Najib ke Kampung
Santong, Paka melancarkan program Jom Bantu Rakyat peringkat negeri Terengganu
dan pecah tanah Rumah Idaman Rakyat (RIR) di kampong tersebut.
Harapan Najib dan pemimpin
UMNO di Parlimen Dungun dan di empat DUN ialah dapat membawa perubahan tetapi
ternyata penyakit ‘cah keting’ sukar untuk diubati.
Tidak diketahui sama ada
PPBM akan bertanding di kerusi UMNO (Bukit Besi) atau akan dikekalkan kepada
PKR tetapi yang nyata, sekiranya PPBM dan PAS bekerjasama dengan dibantu oleh
PKR, harapan Najib akan berkecai.
Apakah Dungun akan
mengikut jejak langkah Kuala Terengganu yang memberikan kemenangan 5-0 (1
Parlimen dan 4 DUN) kepada pembankang atau UMNO akan mengekalkan kerusi
tradisinya Bukit Besi sekali lagi.
Hanya Din dan Rosli ada
ubat atasi penyakit ‘cah keting’ di Dungun tetapi bagaimana sekiranya kedua-duanya terus
menjadi pesakit?
No comments:
Post a Comment