Tuesday, May 9, 2017

'Kabinet Perang PAS' Terengganu Diumumkan Isnin Depan


Pada ketika penyokong PAS Terengganu sedang terumbang-ambing dan tertanya-mengenai barisan kepimpinan baru negeri itu, semalam ada berita mengatakan Kabinet Perang’ Terengganu diketahui minggu hadapan.

PAS Terengganu akan mengeluarkan kenyataan rasmi senarai jawatankuasa negeri berkenaan bagi sesi 2017-2019 Isnin depan.

Dilaporkan oleh portal rasmi PAS semalam, Pejabat Perhubungan, Pesuruhjayanya Datuk Husain Awang telah memanggil mesyuarat pada Isnin 15 Mei bagi tujuna berkenaan.

Memetik sumber, laporan menyebut mesyuarat kali pertama itu bagi sesi ini diadakan berikutan pertukaran jawatan tertinggi peringkat negeri, yang disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Paka, Satiful Bahri Mamat.

Mesyuarat PAS Pusat pada Sabtu telah melantik mantan Yang Dipertua DUN Terengganu itu menggantikan Satiful yang telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Ditanya, adakah sebarang perubahan ketara dalam jawatakuasa tersebut, sumber itu berkata, “menurut Datuk Pesuruhjaya, cuba kekalkan yang lama, kecuali sedikit perubahan yang terpaksa dibuat”.

 “Minggu depan baru nak mesyuarat, ” kata sumber kanan, pentadbiran PAS Terengganu itu.

Husain yang kini adalah Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu dimaklumkan telah bertemu dengan mantan Pesuruhjaya Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan Satiful, di pejabat kelmarin.

Selain itu, menurut sumber tersebut, beliau turut berunding secara berasingan dengan bekas-bekas Timbalan Pesuruhjaya dan semua Ahli Jawatankuasa Dewan Harian, PAS Terengganu pada sesi lalu.

No comments:

Post a Comment