Apakah kenyataan di bawah ini oleh Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad juga terpakai di Terengganu?
Apakah PAS tidak berminat membentuk kerajaan atau hanya mahu menjadi tongkat kepada UMNO di negeri ini?
Apa reaksi penyokong PAS jika benar kata-kata Khalis ini>
Semalam Khalid menyifatkan PAS
meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hanya untuk
menonjolkan parti semata-mata.
"PAS bertanding sekadar mahu pacak bendera. 80
kerusi kami (PAS) punya. Menang tak menang lain cerita. Itu tak penting bagi PAS.
"Kalau menang pun dia (PAS) nak jadi 'king maker'.
Ini semua celaru," tegasnya ketika diminta mengulas situasi terkini PAS Pasca
muktamar dan hubungan parti itu dengan Pakatan Harapan menjelang PRU14.
Beliau berkata, pertembungan tiga penjuru kemungkinan
besar berlaku ekoran kepincangan pendekatan pemimpin PAS itu.
"Kita syorkan rakyat sama ada hanya memilih sama ada
Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN) kerana PAS sekarang masuk bertanding hanya mahu jadi
'king maker' untuk BN bukan untuk PH,
"(PAS) tak nak dengan DAP, Amanah dan Bersatu.
Dengan UMNO tidak pula PAS begitu," ujarnya ketika ditemui Malaysia
Dateline di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) semalam.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Shah Alam itu berpendapat
hasrat pihak tertentu masih mahu melihat PAS dapat bekerjasama dengan semua
parti pembangkang menjelang PRU14 perlu dihentikan.
"Pendirian politik PAS masih lagi dalam keadaan agak
bercelaru dari sudut pemikiran dan pendekatan politik.
"Nak putuskan hubungan dengan PKR tetapi nampak
teragak-agak. Muktamar sudah lulus tapi rujuk kembali pada Majlis Syura.
"Apa yang jelas, kita tidak boleh mengharapkan PAS
bersama dalam PH, Kalau dia (PAS) mahu pun (kerjasama), dia hanya
nak dengan PKR. Dengan DAP, Bersatu apa lagi Amanah dia tak mahu.
"Kalau (wujud) kerjasama (PAS dan Pakatan Harapan)
pun, ia bukan satu kerjasama yang mantap dan jujur," tegasnya.
Sebelum itu beliau yang menulis buku 'Berani Berprinsip'
berada di reruai ILHAM Books dalam sesi bertemu penulis.
Mengulas lanjut, Khalid menyifatkan rakyat yang mahukan perubahan yang lebih baik selepas PRU14 tidak harus menaruh hasrat tersebut dengan terus memberi sokongan kepada PAS.
Mengulas lanjut, Khalid menyifatkan rakyat yang mahukan perubahan yang lebih baik selepas PRU14 tidak harus menaruh hasrat tersebut dengan terus memberi sokongan kepada PAS.
"Lihat saja sikap PAS tentang hubungan politiknya
dengan PKR. Tapi boleh pula ada yang keluarkan kenyataan kononnya kalau putus
hubungan pun di Selangor, Exco (PAS) tidak perlu letak jawatan.
"Jadi, bagaimana nak cerai tapi masih hidup
bersama?" bidasnya sambil menganggap muktamar PAS baru-baru ini
seolah-olah meletakkan status lebih rendah berbanding Majlis Syura.
"Keputusan dalam muktamar sepatutnya adalah
tertinggi tetapi dalam usul, mereka sudah sebut keputusan muktamad di pihak
Majlis Syura.
"Inilah sikap dan pendirian yang bercelaru. Nak
putus (hubungan dengan PKR) tapi tak putus, nak cerai tapi tidak mahu berpisah,"
tegas Khalid lagi.
No comments:
Post a Comment