PAS menyifatkan tindakan kerajaan Terengganu yang dikawal
UMNO begitu takut kepada pembangkang dengan meniru bulat-bulat antara manifesto
awal yang ditawarkan oleh PAS Terengganu.
PAS Terengganu yang sangat masak dengan tipu helah UMNO,
menyeru kepada semua lapisan masyarakat yang menepati syarat-syarat yang
diumumkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman untuk mendapatkan lot tanah, tidak terpengaruh dengan janji berkenaan.
PAS meminta rakyat yang pernah menjadi mangsa UMNO apabila
rampas tanah mereka dahulu, untuk ramai-ramai segera pergi ke Pejabat Tanah di
seluruh Terengganu bagi memastikan sendiri bagaimana permainan UMNO ini.
Ketua Penerangan PAS Terengganu Mohd Nor
Hamzah
berkata semalam, janji manis PRU14 sedang ditabur oleh UMNO yang berselindung disebalik
nama kerajaan Terengganu dengan mengumumkan membuka permohonan bagi 5900 lot
tanah kosong untuk pembinaan rumah kediaman.
“Sangat menghairankan kenapa setiap kali hampirnya PRU akan
ada janji-janji menggunakan nama kerajaan yang mana wang dan keseluruhan harta
itu sebenarnya milik rakyat.
“Kerana jika kerajaan bertukar sekalipun, kerajaan yang
lain pula yang akan menguruskan amanah ini., bukan hanya diuruskan oleh UMNO.
Lebih memualkan ialah UMNO yang berselindung di sebalik
nama kerajaaan inilah yang telah merampas kembali pemberian tanah-tanah TOL
kepada rakyat oleh kerajaan pimpinan PAS tahun 1999-2004 dahulu tanpa belas
ihsan,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, UMNO sanggup merobohkan bukan sahaja rumah
rakyat yang sedang dibina dengan wang titik peluh mereka. Malah lebih zalim,
kejam dan jahil, UMNO atas nama kerajaan, turut meruntuhkan Masjid Bujal di
Kijal.
“Saya yakin rakyat Terengganu sedar dengan gula-gula
beracun UMNO ini kerana PAS yang mengamalkan politik Islam, telah membuktikan
pada era pemerintahan PAS di Terengganu, kira-kira 60 ribu permohonan tanah
telah diluluskan bagi diagihkan kepada rakyat Terengganu.
“Tidak cukup dengan jurukur kerajaan, dilantik pula dari
kalangan swasta sehinggakan mendebarkan UMNO kerana rakyat beroleh kesenangan.
PAS mengotakan janji bukan sahaja atas manifesto yang
dibuat sebelum PRU ketika itu, malah turut meluluskan permohonan yang UMNO
janjikan (setelah banyak kali mengugut rakyat) mahu diluluskan kepada rakyat,
tanpa PAS menunggu hampir PRU untuk berbuat demikian,” katanya.
Menurutnya, jumlah yang UMNO janjikan ini (belum tentu
ditunaikan) hanya 10% dari keseluruhan kelulusan oleh kerajaan pimpinan PAS
ketika itu, dakwa Md Nor.
Paling menggembirakan rakyat ialah pemberian itu
bersekali dengan geran kekal bagi yang sempat diberikan.
“Percayalah rakyat Terengganu, setelah rumah flat di
Ladang yang dijanjikan diberikan secara sewa beli, kemudian ditukar status sewa,
flat di Padang Hiliran yang diugut supaya dimenangkan dahulu UMNO di Kuala
Terengganu serta flat rakyat yang UMNO rancang didirikan di Bukit Nenas Tepoh,
mereka pasti akan menggunakan hal ini sebagai modal besar untuk memperbodohkan
rakyat Terengganu.
“Penerimanya pastilah sebahagian penyokong mereka sahaja
walaupun mereka juga menunggu bertahun-tahun sambil dibodohkan UMNO.
Cukuplah, sedarlah rakyat Terengganu akan gula-gula
beracun yang diberikan UMNO setiap kali PRU, akan memusnahkan negeri Terengganu
ini,’ katanya.
Ini kerana apabila
mendapat kembali kuasa, maka UMNO akan menggila semula membolot hasil bumi
Terengganu sebagaimana yang berlaku masa lalu dan sekarang ini, katanya.
No comments:
Post a Comment