Thursday, August 10, 2017

Buli Kali Ketiga Di Kolej Vokesyenal, 15 Pelajar DiTahan Reman


Kejadian buli terbaru di sebuah kolej vokasional di Kuala Terengganu bukan kali pertama.

Sepanjang tahun ini sehingga semalam, Terengganu merekodkan 16 kes buli melibatkan fizikal membabitkan 45 pelajar di seluruh negeri

Kejadian terbaru di kolej vokesyenal itu adalah kali ketiga apabila apabila seramai 15 pelajar sebuah kolej vokasional di Kuala Terengganu ditahan reman empat  hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung kes buli membabitkan tiga pelajar di kolej tersebut.

Perintah itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Terengganu Roszita Md Saad di Kuala Terengganu, semalam.

Kesemua pelajar terbabit disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh selepas dipercayai terlibat membuli 3 pelajar tahun 1 dan 2 di kolej berkenaan dalam 3 kejadian dengan yang terkini pagi semalam.

Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu Shafruddin Ali Hussin berkata kolej terbabit telah diberi tempoh 10 hari untuk melakukan siasatan dalaman dan menyerahkan laporan terperinci mengenai kejadian kepadanya.

“Tiga hari diberikan untuk laporan pertengahan dan 7 bagi bagi laporan penuh… laporan yang dibuat itu akan mengikut prosedur operasi standard. Kita bagaimanapun menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Selain itu, beliau turut meminta pihak sekolah supaya lebih proaktif dan cakna dengan mengambil tindakan pantas terhadap insiden yang berlaku.

“Jangan tunggu kejadian ditular baru hendak ambil tindakan selanjutnya… pihak sekolah juga perlu bekerjasama dengan pihak polis bersabit kejadian itu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan negeri, A. Latiff Awang melahirkan kekesalan kerana insiden semalam adalah kali ke-3 berlaku di kolej berkenaan untuk tahun ini sahaja.

Beliau yang ditemui selepas melawat kesemua mangsa terbabit di HSNZ, berkata pihaknya telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan kolej terbabit mengambil tindakan yang sewajarnya agar kes buli tidak terus berulang.

Dalam kejadian 1.30 pagi semalam, 2 pelajar tahun 1 yang berusia 16 tahun, mendakwa mengalami kecederaan di beberapa anggota badan setelah dipukul oleh beberapa pelajar senior dengan seorang daripada mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada keengganan kedua-dua mangsa mengikut arahan pelajar senior.

Satu lagi kes membabitkan pelajar tahun 2 berusia 17 tahun yang mendakwa dipukul oleh kumpulan pelajar yang sama ketika berada di surau pada 9.30 malam sebelum dipukul sekali lagi di asrama kolej kira-kira sejam kemudian dalam kejadian Isnin lalu.

Akibat kejadian, mangsa turut dirawat di hospital sama.


No comments:

Post a Comment