Saturday, February 11, 2017

Zakaria Sedang Berusaha Tumbangkan Ahmad Razif Di DUN Seberang Takir...


Apabila PAS Seberang Takir mengatakan pihaknya sedia ganti UMNO di Seberang Takir, apa senjata yang mereka ada untuk mengalahkan ‘Pahlawan Bugis’ di situ.

Pahlawan itu bukan 'kecik anak' kerana ia setaraf Pahlawan Bugis di Putrajaya. Ini pengakuan pahlawan itu sendiri tidak lama sebelum ini.

Dengan kata lain, bukan calang-calang orang pahlawan itu.

Dia mempunyai kuasa politik dan wang. Rakyat Terengganu, apa lagi di Seberang Takir tahu mengenai perkara ini.

Hanya dalam satu dekad beliau menjadi begitu kuat dan bukan mudah untuk menumbangkannya.

Dia Menteri Besar dan bos UMNO Terengganu dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Malah dia pernah mendabik dada ‘mempunyai sejumlah wang yang besar’ untuk memenangkan UMNO/BN Terengganu dan pasti dirirnya.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Zakaria Dagang berkata PAS kini meningkatkan inisiatif memberi penerangan kepada rakyat dan bersedia menggantikan Umno untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, pada pilihan raya umum akan datang.


Katanya, ‘Ops Harap’ adalah usaha kempen mendekati masyarakat yang diadakan secara berterusan sehingga ‘gendang pilihan raya dipukul’.
 .
“Program ini (Ops Harap) telah masuk siri kedua diadakan di DUN ini, adalah satu program untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang semakin hampir,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui mendedarkan risalah penerangan di pasar pagi Teluk Ketapang, pada Jumaat 10 Febuari (semalam) di Seberang Takir.

Zakaria mungkin mengambil peluang daripada kedudukan kesiahatan Ahmad Razif yang memerlukan beliau berehat selepas ‘satu kemalangan’ di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Juga Zakaria mungkin yakin berasaskan undi pada pilihan raya umum lalu di mana perbezaan undi yang sedikit antara beliau dengan Ahmad Razif sebelum ini.

Lihat keputusan PRU13 seperti di bawah:


Jika beliau mendapat tambahan undi sebanyak kira-kira 800 lagi, Zakaria boleh menang di DUN berkenaan.

Tetapi apakah rakyat Seberang Takir akan mudah menolak Ahmad Razif begitu sahaja dengan pembangunan yang dibawa oleh beliau ke daerah baru itu dan DUN Seberang Takir sendiri.

Atau apakah Zakaria akan memainkan berbagai ‘isu kontroversi membabitkan batang tubuh Ahmad Razif’ untuk mengalahkan beliau?

Walaupun banyak belum dibuktikan betul kontoversi itu, apakah Zakaria ada maklumat mengenainya?

Zakaria menjelaskan, rata-rata pengunjung yang ditemui memberi maklumbalas positif terhadap usaha yang sedang PAS lakukan.


“Saya melihat ini satu petanda baik dalam usaha kita untuk menawan ‘kerusi’ UMNO di dun Seberang Takir ni...Kita (PAS) akan cipta satu sejarah di (DUN) Seberang Takir pada pilihan raya nanti…… itu tekad kami di sini”, tegas beliau.

Katanya, pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam program selama tiga hari setiap siri ‘Ops Harap’ yang diadakan pada setiap hujung minggu.

Antaranya, kata beliau ialah, penyampaian maklumat melalui pengedaran risalah di tempat-tempat awam dan pengisian rohani melalui kuliah di surau-surau.

Selain itu, beliau berkata, ‘Ops Harap’ juga melibatkan program ‘mesra masyarakat’, melalui ziarah kepada golongan miskin, orang kelainan upaya, sakit, warga emas dan armalah (ibu tunggal).

Tuesday, February 7, 2017

Isu Masjid, Muhyiddin Sifatkan UMNO Hulu Terengganu Sedang Lemas...


Untuk apa lagi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Masjid Sultan Mahmud, Muhyiddin Abd Rashid mengkritik ‘Sesi Pendengaran Projek Pembinaan Dalam Kawasan Masjid’?

Muhyiddin mempunyai alasan sendiri (baca kenyataannya di bawah) sambil mendakwa UMNO Bahagian Hulu Terengganu kini sedang lemas dengan isu Pembinaan Hotel dan Kompleks Perkedaian di dalam kawasan Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang.

“Kita tetap akan meneruskan kerja-kerja kita sehingga projek ini dipindahlan ke tempat lain yg lebih sesuai atau kes ini akan di bawa ke pengetahuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” tegasnya. 

Dalam kenyataannya kelmarin (5 Februrai 2017), beliau sudah merujuk dan mendengar pandangan-pandangan daripada berbagai pihak berhubung jemputan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) kepada Pengerusi Jawatakuasa Bertindak Selamatkan Masjid Sultan Mahmud ke Sesi ‘Town Hall’ di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Menurut beliau, sesi itu diadakan kerana mereka (UMNO Hulu Terengganu) tidak mampu untuk berhadapan dengan rakyat, khususnya Jawatankuasa Bertindak berhubung isu ini secara bersendirian.

Justeru, mereka cuba mengheret pegawai kerajaan untuk menjadi benteng pertahanan mereka, dan seterusnya mereka mahu melihat Jawatakuasa Bertindak bertelagah dengan pegawai-pegawai kerajaan, latanya.

Baca seterusnya kenyataan Muhyiddin: 

Jemputan Ke Sesi Pendengaran Projek Pembinaan Dalam Kawasan Masjid


Saya telah merujuk dan mendengar pandangan-pandangan daripada berbagai pihak berhubung jemputan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) kepada Pengerusi Jawatakuasa Bertindak Selamatkan Masjid Sultan Mahmud ke Sesi ‘Town Hall’ di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Perlu disedari, Umno bahagian Hulu Terengganu sedang lemas dengan isu Pembinaan Hotel dan Kompleks Perkedaian di dalam kawasan Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang.
Mereka tidak mampu untuk berhadapan dengan rakyat, khususnya Jawatankuasa Bertindak berhubung isu ini secara bersendirian.

Justeru, mereka cuba mengheret pegawai kerajaan untuk menjadi benteng pertahanan mereka, dan seterusnya mereka mahu melihat Jawatakuasa Bertindak bertelagah dengan pegawai-pegawai kerajaan.

Mereka menggunakan kuasa Exco, untukk memaksa Pegawai Daerah, MDHT, JKR, MAIDAM, Pesuruhjaya Agama, dan lain-lain jabatan untuk berdepan dengan Jawatankuasa Bertindak dihadapan penyokong-penyokong mereka.

Difahamkan mereka mengerahkan semua Pengerusi JKKK, Setiausaha JKKK, AJK masjid, Guru besar, AJK PIBG dan kaki tangan kerajaan untuk hadir sebagai penyokong mereka dalam majlis tersebut.

Maklumat yang diperolehi, hadirin yang dijemput berjumlah 1,000 orang.

Kita tidak mahu terperangkap dengan permainan mereka yg mahu melaga- lagakan Jk Bertindak dgn Ketua-ketua Jabatan yang sememangnya terpaksa menurut arahan.

Kami akan teruskan kerja kami, dengan menerangkan kepada rakyat tentang tindakan rakus dan tamak pemimpin Umno Hulu Terengganu, sehingga sanggup menceroboh tanah rezab masjid untuk kepentingan beberapa individu yang haloba.

Kita tetap akan meneruskan kerja-kerja kita sehingga projek ini dipindahlan ke tempat lain yg lebih sesuai atau kes ini akan di bawa ke pengetahuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Saya menyeru, jika benar MDHT mahu mendengar pandangan Jawatankuasa Bertindak berhubung isu ini, saya bersedia hadir pada bila2 masa yang sesuai, ke pejabat MDHT untuk memberi pandangan kami.

Sekian. Terima kasih.

Haji Muhyiddin Abd. Rashid
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Selamatkan Masjid Sultan Mahmud.
5hb Februari 2017.