Friday, February 24, 2017

HARAP 3.5 - PAS Gempur Untuk Tawan ‘Kubu UMNO’ Terengganu


Sebelum ini Besut adalah kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Tetapi hari ini kekuatan itu sudah menjadi lemah dan lesu kerana tidak lagi dipercayai oleh ahli-ahlinya.

Ini dakwaan pemimpin PAS. benarkah demikian?

Parlimen Besut mempunyai pemimpin berwibawa seperti Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Pengajian Tinggi serta Ketua Bahagian UMNO, Nawi Mohamad adalah Exco Kerajaan Negeri.

Sementara Datuk Mohd Pahemi Yusof ialah EXCO Kerajaan Negeri yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu.

Dengan kedudukan ini, apakah Besut lemah? Ataui a dakwaan PAS semata-mata.

Besut kini digempur oleh PAS Terengganu melalui  Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (Harap) 3.5 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Raja, Besut mulai hari ini (23 Februari) hingga Sabtu (25 Februari ini).


Yang Dipertua PAS (YDP) Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad mengakui  Besut merupakan kubu kuat UMNO sekaligus melambangkan kekuatan BN Terengganu.

Namun, katanya kekuatan itu semakin lemah apabila Umno-BN kini sudah hilang kepercayaan di kalangan ahli parti sendiri.

Berikutan itu,  peluang PAS kembali cerah bagi mengulangi sejarah kemenangan parti itu sebagaimana tahun 1999 lalu.

“Selesai kita bersolidariti di Padang Merbok kerana H355 dan kini, seluruh ahli dan jentera parti (PAS) Terengganu akan ‘berkampung’ pula di Dun Kampung Raja, Besut untuk Harap 3.5.

“Sebelum ini, Besut adalah kubu kuat UMNO  dan BN Terengganu. Tapi, hari ini kekuatan itu sudah menjadi lemah dan lesu kerana tidak lagi dipercayai oleh ahli-ahlinya.

“Kita (PAS) akan mengumpul kekuatan dan sasaran untuk menang empat DUN satu Parlimen semakin cerah seperti tahun 1999 yang lalu, In shaa Allah,” jelasnya.


Bagi Pas Besut, kemenangan akan dapat membantu merealisasikan hasrat parti untuk kembali memerintah Terengganu Darul Iman.

Berikutan itu Harap 3.5 menyeru dan mengajak kepada seluruh pendukung gerakan Harakah Islamaiyah PAS untuk sama-sama memikul tanggungjawab sebagai tetamu atau penyambut tetamu.

“Kehadiran ribuan peserta Harap 3.5 kelak akan membantu menyuntik semangat bekerja dengan penuh komited dan iltizam untuk menjayakan operasi menawan Terengganu dalam PRU14.

Visi dan misi yang telah kita sepakati itu sangat penting untuk dijayakannya. Insya’Allah, PAS Kawasan Besut akan menjadi pelengkap kepada kemenangan itu,” jelasnya.

Apakah tindak balas UMNO dan BN Terengganu terhadap Harap 3.5 ini?

Apakah UMNO/BN akan berpeluk tubuh?
  

Monday, February 20, 2017

Didakwa Kerana Kemuka Tuntutan Palsu RM6,400 Kepada MAIDAM...


Seorang bekas penolong jurutera pembangunan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas tuduhan mengemukakan tuntutan palsu, dua tahun lalu.

Tertuduh, Syed Ahmad Izzuddin Syed Abdullah, 34, yang kini bekerja sebagai Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya daerah membuat pengakuan itu di depan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz dan memohon untuk dibicarakan.

Syed Ahmad Izzuddin, sebagai wakil MAIDAM ketika itu dituduh memperdaya Akauntan Unit Kewangan MAIDAM, Norhana Yaakub dengan mengemukakan butiran tuntutan palsu RM6,400 untuk pesanan kerajaan bagi pemasangan permaidani di Surau Al-Hijrah di Lot Perpindahan Tok Adis di Kuala Terengganu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 29 Disember 2015 di pejabat MAIDAM di Kuala Terengganu,  serta didakwa mengikut Seksyen 18, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Pada 27 Oktober tahun lalu dilaporkan SPRM Terengganu membuka 35 kertas siasatan berhubung penyelewengan pembekalan pemasangan karpet di beberapa masjid dan surau di negeri ini.

Pengarah SPRM Terengganu, P. Ganason berkata kertas siasatan itu kini di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya SPRM.

"Kira-kira 30 saksi terdiri daripada kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), orang awam dan kontraktor telah dipanggil bagi membantu siasatan sejak kita mendapat maklumat mengenai kes itu awal tahun ini," katanya.

Sebelum itu, media melaporkan Pesuruhjaya JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim mendedahkan perkara itu yang melibatkan penyelewengan tuntutan keseluruhan bernilai lebih RM1 juta.

Dalam pada itu, Ganason memberitahu bahawa SPRM Terengganu membuka 51 kertas siasatan berhubung kes jenayah kolar putih melibatkan kes rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa tahun ini.

"Daripada jumlah itu sebanyak 14 tangkapan telah dilakukan dan 19 individu telah dituduh di mahkamah," katanya.

Pendakwaan terhadap Syed Ahmad Izzuddin hari ini dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Shahida Muslimah.



 Roslan manakala tertuduh diwakili peguam Nik Radhia Nik Ya. Mohamad Haldar menetapkan 20 Mac ini sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.

Sumber – Berita Harian & mStar