Pada
ketika penyokong PAS Terengganu sedang terumbang-ambing dan tertanya-mengenai
barisan kepimpinan baru negeri itu, semalam ada berita mengatakan Kabinet
Perang’ Terengganu diketahui minggu hadapan.
PAS Terengganu akan mengeluarkan kenyataan rasmi senarai jawatankuasa negeri
berkenaan bagi sesi 2017-2019 Isnin depan.
Dilaporkan oleh portal rasmi PAS semalam, Pejabat Perhubungan,
Pesuruhjayanya Datuk Husain Awang telah memanggil mesyuarat pada Isnin 15 Mei
bagi tujuna berkenaan.
Memetik sumber, laporan menyebut mesyuarat kali pertama itu bagi sesi
ini diadakan berikutan pertukaran jawatan tertinggi peringkat negeri, yang
disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Paka, Satiful Bahri Mamat.
Mesyuarat PAS Pusat pada Sabtu telah melantik mantan Yang Dipertua DUN
Terengganu itu menggantikan Satiful yang telah dilantik sebagai Ahli
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Ditanya, adakah sebarang perubahan ketara dalam jawatakuasa tersebut, sumber
itu berkata, “menurut Datuk Pesuruhjaya, cuba kekalkan yang lama, kecuali
sedikit perubahan yang terpaksa dibuat”.
“Minggu depan baru nak mesyuarat,
” kata sumber kanan, pentadbiran PAS Terengganu itu.
Husain yang kini adalah Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu dimaklumkan
telah bertemu dengan mantan Pesuruhjaya Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan
Satiful, di pejabat kelmarin.
Selain itu, menurut sumber tersebut, beliau turut berunding secara
berasingan dengan bekas-bekas Timbalan Pesuruhjaya dan semua Ahli Jawatankuasa
Dewan Harian, PAS Terengganu pada sesi lalu.