Friday, March 30, 2018

30 Peratus Pengundi Menjadi Penentu Kalahkan BN, PAS


Oleh HAMBALI ABDUL LATIFF


Apabila berlakunya pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), beberapa faktor penting perlu diambil kira terutamanya pengundi atas pagar.

Pertama ialah kekuatan sesebuah parti yang bertanding sama ada di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau juga kerusi Parlimen.

Kedua ialah pengundi senyap dan tidak berparti yang menjadi kumpulan penentu - yang akan memberikan kelebihan kepada sesuatu parti yang bertanding. Mereka dilihat berpengaruh untuk memenangkan calon parti ertentu  dalam sesuatu FUN atau kawasan Parlimen.

Di Terengganu, mengikut kajian-kajian sebelum ini, kumpulan ini adalah antara 27 hingga 31 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi. Sehingga kini, jumlah pengundi di Terengganu ialah 737,940 pengundi berdaftar di Terengganu.

Jumlah itu mungkin berubah sekiranya daftar pemilih baru untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) susulan usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya diluluskan di Dewan Rakyat semalam  diumumkan. Ia dijangka diketahui dalam tempoh seminggu atau selewat-lewatnya pada hari penamaan calon.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata semalam.  parti politik diminta memaklumkan kepada penyokong mereka untuk membuat semakan itu sebaik sahaja SPR mengeluarkan senarai pemilih yang disahkan.

Di Trengganu, sebelum ini parti yang dilihat kuat ialah Barisan Nasional (BN) – UMNO dan MCA – dan di satu pihak lagi ialah PAS.

Tetapi pada PRU14, kedudukan ini sudah berubah.

UMNO dan PAS yang dilihat sebagai ‘parti tradisi’ kini terpaksa bergelumang dalam gelanggang baru berdepan dengan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang kini diperkuatkan oleh PKR, AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Selain tenaga baharu yang diperlihatkan PPBM dan AMANAH, PKR kini dilihat ‘dicaj semula’ apabila ia membersihkan partinya daripada kumpulan mereka yang dilihat sebagai ‘pengacau’ dalam parti itu.

Kebanyakan mereka bergerak di Parlimen Kuala Nerus, Besut, Kuala Terengganu, Kemaman dan juga Hulu Terengganu.


PKR yang sebelum ini bekerjasama dengan PAS melalui Pakatan Rakyat dan hanya bertanding di enam kerusi DUN, pada PRU14 kali ini,  dijangka bertanding di 11 kerusi.  

Kedudukan ini memperlihatkan bagaimana Pengerusi PKR, Azan Ismail berjaya mentransformasikan PKR di Terengganu melalui HARAPAN, walaupun matlamat mereka untuk mendapatkan 14 kerusi DUN gagal.

Selepas lima tahun memimpin PKR Terengganu di mana sebelum ini beliau adalah Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, beliau berusaha membina kembali PKR yang sebelum ini menghadapi begitu banyak masalah dalaman.

Malang sedikit, mereka yang dibersihkan daripada PKR itu kini berada dalam sebuah parti komponen HARAPAN sendiri.

Sesetengahnya kerap kali menyerang kepimpinan PKR Terengganu yang memperlihatkan bagaimana sikap ‘sour grape’ mereka selepas ada diantara mereka ditarik ke dalam parti baharu itu dengan janji dijadi calon pilihan raya oleh parti baru itu.

Malah, Azan yang juga ADUN Bandar mara ke hadapan di mana kali ini PKR turut bertanding dua kerusi Parlimen, iaitu Dungun dan Kemaman di mana pada pilihan raya 2013 lalu, PKR tiada kerusi Parlimen pun.


Bermakna kali ini, lapan Parlimen dan 32 DUN di Terengganu akan menjadi perebutan tiga penjuru.

Yang turut penting pada pilihan raya kali ini ialah penyokong atas pagar – tidak berparti dan kalau berparti pun tidak aktif – tetapi memerhatikan politik secara dekat dan mengundi pada pilihan raya.

Dengan kedudukan mereka sebanyak 30 peratus, kedudukan kerusi majoriti kecil yang sebelum ini dimenangi oleh PAS dan UMNO berada di hujung tanduk.

PAS berada di kedudukan paling berbahaya kerana pada pilihan raya ke 13, walaupun  memiliki 14 kerusi tetapi lapan kerusi berada di bawah majoriti 1,000.  Paling kecil ialah di Teluk Pasu (109) dan Tepuh (229).

PAS sedikit selesa di DUN Wakaf Mempelam (majoriti 2,986), Sura (2,957), Rhu Rendang (2,819), Batu Burok (2,273).

UMNO pula mungkin selesa di Telemong, Kijal, dan AIr Putih tetapi  bagaimana pula di DUN yang UMNO mendapat majoriti BN di bawah 1,000 iaitu Kuala Berang, Jabi, Kemasik dan Jerteh?

Ketua PPBM Terengganu Datuk Razali Idris dan Pengerusi AMANAH Terengganu, dilihat bekerja keras untuk memenangkan HARAPAN Terengganu sambil mengharapkan pengundi senyap dan atas pagar menyokong HARAPAN.

Dalam kedudukan UMNO nampak selesa di tiga empat kerusi dan begitu juga ‘sahabat barunya PAS’ pun selesa di tiga empat kerusi, jangan menganggap bahawa  ‘tsunami 1999’ tidak mungkin berulang.

Pengundi senyap dan yang berada di atas pagar memerhatikan banyak perkara umpamanya faktor calon, tawaran parti serta isu-isu yang dimainkan oleh parti yang bertanding.

Namun yang tidak terlepas pandang oleh mereka pastinya kos sara hidup yang  semakin menghimpit, kenaikan harga barang keperluan, pembaziran yang dilakukan kerajaan BN Terengganu dan juga isu setempat, termasuk isu Umrah Guru yang tidak diselesaikan dan perbalahan dalaman UMNO yang semakin mengucarkacirkan BN.

Jika pengundi atas pagar dan majoriti senyap melakukan sesuatu yang diluar fikiran pemimpin BN/UMNO dan PAS, Terengganu akan menyaksikan kerajaan baru selepas PRU14 nanti!

1 comment:


  1. Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

    Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

    Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

    Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

    Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut

    ReplyDelete