Friday, February 3, 2012

Pelumba Negara Mampu Bersaing - Abu Samah

Skuad basikal lebuh raya negara berhajat untuk mencipta kejutan pada Kejuaraan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 di Kuala Lumpur pada 14 hingga 18 Februari ini.

Meskipun sedar saingan kali ini lebih hebat, presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab bagaimanapun tetap optimis pelumba negara mampu memenangi satu pingat tanpa mengira warna dalam acara lebuh raya.

Abu Samah menjelaskan, saingan ACC 2012 kali ini bakal menampilkan pelumba-pelumba handalan dunia daripada 27 negara seperti Iran, Jepun, Hong Kong dan juga Kazakhstan yang menurunkan barisan pelumba pasukan Astana.

"Pada ACC kali ini, kita hanya meletakkan sasaran satu pingat tidak kira sebarang warna," kata Abu Samah selepas Mesyuarat Pemilihan Pelumba Ke ACC 2012 dan LTdL 2012 di Bukit Jalil semalam.

"Jurulatih (Syed Muhammad Hussaini Syed Mazlan) telah memberitahu bahawa semua pelumba kita berada dalam prestasi yang baik ketika latihan.

"Oleh itu, saya berharap pelumba-pelumba kita mampu mencipta kejutan dan sekurang-kurangnya memberi saingan kepada pelumba-pelumba lain," tambahnya lagi.

Cabaran skuad negara pada ACC 2012 ini akan digalas pelumba sensasi, Anuar Manan, Muhd. Akmal Amrun (gambar atas), Amir Mustafa Rusli dan Mohd. Zamri Salleh manakala Mohd. Hariff Salleh dan Mohd. Nor Rizuan Zainal sebagai pelumba simpanan.

Abu Samah menjelaskan dua pelumba yang diharapkan untuk mencipta kejutan dalam acara lebuh raya nanti ialah Anuar dan Akmal.

"Sudah tentu kita letakkan harapan yang besar terhadap Anuar kerana dia masih lagi seorang pelumba pecut yang baik, begitu juga dengan seorang lagi pelumba pecut kita iaitu Akmal.

"Saya juga harap agar Anuar dapat mempamer prestasi sebenarnya dalam acara ini kerana laluan yang kita pilih semuanya laluan rata dan mendatar, jadi ia satu kelebihan kepada Anuar dan juga Akmal," ujar Abu Samah lagi.

Sementara itu, dalam acara ujian masa individu pula, Malaysia mempertaruhkan Muhd. Fauzan Ahmad Lutfi dan Ng Yong Li.

Acara lebuh raya bagi kategori bawah 23 tahun pula akan diketahui oleh pelumba yang meningkat naik, Muhd. Adiq Husainie Othman, Nik Mohd. Azwan Zulkifle, Mohd. Zulhilmie Afif Ahmad Zamri, Ahmad Fakhrullah Alias dan dua pelumba simpanan - Sofian Nabil Omar Mohd. Bakri dan Mohd. Al Ghazali Abd. Hamid.

Skuad wanita pula akan digalas Mardiana Mohd. Radzi, Masziyaton Mohd. Radzi, Suryani Mohamad, Muslihah Salim manakala Nurul Norlizawati Mohd. Sharif dan Zahraa Anuawar sebagai pelumba simpanan.

Kosmo!

0 comments:

Post a Comment

Tetamu Teganuku

TERKINI Di Teganuku

PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM

BAHAGIAN 2 – SIKAP EKSTREM ALA KHAWARIJ

Sejarah perkembangan umat Islam telah menunjukkan kepada kita betapa adanya individu atau kumpulan yang mahukan kuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja sekalipun memutarbelitkan hukum agama sebagaimana yang dilakukan oleh Kumpulan Khawarij di Zaman Saidina Ali dan Muawiyah.

Sebenarnya golongan yang sangat taksub kepada Saidina Ali ini telah melakukan tindakan yang melampau sejak zaman pemerintahan Saidina Uthman lagi.

Mereka telah menuduh Saidina Uthman sebagai kafir dengan alasan baginda tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH (s.w.t.) dan hal ini mengakibatkan berlakunya fitnah besar di kalangan umat Islam.

Oleh kerana salah satu natijah penting daripada tuduhan kafir(takfir) ialah halal darah,maka tuduhan kufur terhadap Saidina Uthman telah membawa kepada penumpahan darah seorang sahabat besar Rasulullah (s.s.w.) dan Khalifah Islam ketiga dengan mangkatnya beliau.

Ekoran daripada pembunuhan Saidina Uthman, timbul di kalangan masyarakat Islam waktu itu golongan yang ingin menuntut bela terhadap darahnya,yang berakhir dengan peperangan al-jamal antara kumpulan yang dipimpin oleh Saidatina Aisyah dan Saidina Ali.

Peperangan al-jamal telah mengakibatkan penumpahan darah ribuan umat Islam. Fitnah takfir berulang lagi pada zaman Saidina Ali, golongan Khawarij bukan sahaja mengkafirkan Saidina Ali dan pengikut-pengikutnya,tetapi juga umat Islam yang bukan Khawarij serta menghalalkan darah mereka. Malah lebih jauh lagi pegangan ini mereka jelmakan dalam tindakan dengan membunuh siapa saja orang Islam bukan Khawarij yang mereka temui.

Peristiwa sejarah telah memperlihatkan betapa besarnya bahaya dan kemusnahan akibat daripada perbuatan takfir terhadap akidah dan perpaduan umat. Menyedari kelemahannya, PAS mengambil jalan singkat yang merbahaya dan kotor untuk terus berhadapan dengan UMNO.

Disamping meneruskan sikap ekstem ala khawarij, PAS juga menggerakkan jentera penerangannya untuk membenci UMNO.

Gerakan membenci UMNO telah dilaksanakan sejak lama dahulu dan apabila berlakunya krisis Datuk Seri Anwar Ibrahim, kebencian itu seolah-olahnya baru bagaikan disirami minyak petrol yang menyemarakkan.

Sejarah menceritakan bagaimana seorang pegawai kepada Saidina Ali bersama seorang isteri dan anaknya masih di dalam kandugan telah dibunuh oleh sekumpulan pemberontak khawarij, sebabnya mereka tidak sanggup mengkufurkan Saidina Ali.

Diperhatikan juga bagai manatakfir telah melahirkan pegangan dan tindakan ekstrem yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam, sehingga buah tamar seorang Nasrani lebih berharga daripada nyawa seorang Muslim,dan nyawa seorang musyrik lebih terpelihara daripada nyawa seorang Muslim yang tidak sama pegangannya.

Terus teroka blog ini untuk posting awal PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM:

Pengenalan - Pas Parti Serpihan
Bahagian 1 - Penyertaan PAS dalam BN, Singkir Asri Kerana Kepimpinan Ulama, Pemalsuan Akidah Kerana Politik & Membina Pemikiran Pelampau Taksub

PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM

Mulai hari ini, teganuku akan menyiarkan siri PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM untuk tatapan penjenguk blog ini.

Sama-samalah kita renungkan apa yang didedahkan untuk penilaian kita apakah PAS itu sebuah parti Islam atau sebaliknya.

Fakta-fakta yang dihasilkan oleh Biro Agama UMNO Malaysia ini pernah diterbitkan dalam bentuk buku kecil oleh Urusetia Biro Penerangan UMNO Malaysia.

PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM

Pengenalan:

PAS PARTI SERPIHAN


PAS ialah parti politik serpihan daripada UMNO. Apabila ketuanya Tuan Haji Ahmad Fuad selaku Pengerusi Biro Agama UMNO kalah dalam pertandingan melawan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj bagi merebut jawatan Yang Dipertua Agung (Presiden) UMNO pada 25 Ogos 1951, beliau keluar daripada UMNO dan menubuhkan parti politik baru pada 16 September 1951, iaitu PAS. PAS mungkin terlupa sejarahnya sendiri. Siapa yang luluskan pendaftaran PAS?

PAS nama asalnya Pan Malayan Islamic Party ditubuhkan pada 23 Ogos 1951. Diizinkan penubuhannya oleh British dan tidak diharamkan penubuhannya seperti Hizbul Muslimin Gunung Semanggol. Orang yang meluluskan PAS adalah seorang pegawai British berbangsa India bernama Nadarajan.

Namun semuanya tidak kekal lama, Ahmad Fuad bersama beberapa orang ulama yang pada awalnya menubuhkan PAS kemudian masuk semula ke dalam UMNO. Kemudian kepimpinan PAS diteruskan oleh seorang doktor kerajaan British (baca di sini). Bukan Ahmad Fuad sahaja yang kembali selepas itu Asri juga masuk UMNO. Kepimpinan PAS sekarang akan menidakkan fakta sejarah PAS ini.

Mengapa dalam sejarah PAS tidak diceritakan kisah pengasas PAS sendiri?

PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM - Bahagian 1

Mulai hari ini, teganuku akan menyiarkan siri PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM untuk tatapan penjenguk blog ini.

Sama-samalah kita renungkan apa yang didedahkan untuk penilaian kita apakah PAS itu sebuah parti Islam atau sebaliknya. Fakta-fakta yang dihasilkan oleh Biro Agama UMNO Malaysia ini pernah diterbitkan dalam bentuk buku kecil oleh Urusetia Biro Penerangan UMNO Malaysia.

PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM


Bahagian 1: 

PENYERTAAN PAS DALAM BN

PAS menyertai Barisan Nasional selepas Peristiwa 13 Mei 1969. Pada tahun 1973 PAS bersama UMNO dan MCA dalam Kerajaan Campuran di Kelantan dan pada tahun 1974 ,PAS menyertai Barisan Nasional .
Semasa UMNO melancarkan Dasar Ekonomi Baru bagi merealisasikan agenda Melayu dalam pembangunan negara, PAS turut menyokongnya. Apabila PAS keluar daripada Barisan Nasional pada 1977, perjuangan membela bangsa Melayu sudah tidak relevan lagi untuk PAS.

Ini kerana perjuangan itu telah diisi sepenuhnya oleh UMNO.

SINGKIR ASRI KERANA KEPIMPINAN ULAMA

Pada tahun 1983 PAS menyingkirkan Tan Sri Asri Haji Muda daripada kepimpinannya, kemudian diganti oleh sekumpulan pemimpin baru yang terdiri daripada Haji Yusof Rawa, Fadzil Noor, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi Awang dan lain-lain. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai kepimpinan ulama.

Dalam era tersebut PAS melabelkan perjuangan kebangsaan Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO sebagai Asabiyah kerana Asabiyyah dilarang dalam Islam.

PEMALSUAN AKIDAH KERANA POLITIK

Apabila PAS menjadikan politik sebagai aqidah,menyebabkan berlakunya campur-aduk antara persoalan aqidah dan politik tanpa membezakan asal usul siasiyyah (prinsip politik) dengan qadaya siasiyyah(isu-isu politik).Bagi pemimpin dan ahli-ahli PAS yang tidak memiliki pengetahuan yang mantap mengenai politik dan aqidah Islam,menjadikan mereka golongan yang mengulangi penyelewengan Al Khawarij,(satu golongan yang mengkafirkan orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka di akhir pemerintahan Khulafah Al Rasyidin).


MEMBINA PEMIKIRAN PELAMPAU TAKSUB

PAS mula membina pemikiran-pemikiran politik melampau dengan memulau dan mengkafirkan sesama Islam yang tidak sehaluan dengannya dan berbagai-bagai tindakan lagi dilakukan oleh PAS menyebabkan parti itu boleh dianggap sama dengan pemikiran kaum Al Khawarij sepanjang penglibatan kaumitu dalam politik.

Lihat juga:

Pengenalan – PAS Parti Serpihan

PEMBOHONGAN PAS 1 DI DUN TERENGGANU

PEMBOHONGAN PAS 2 DI DUN TERENGGANU