Wednesday, February 1, 2012

PEMBOHONGAN PAS 2: Taman Rekreasi & Zoo Bukit Takal “Koleksi Ahmad Said”

Membina Kota Rom tidak boleh dilakukan dalam sehari ("Rome wasn't built in a day").

Begitulah kaitan maksud pepatah Inggeris di atas dalam melaksanakan projek yang terpaksa dimulakan dari “tiada apa” seperti Taman Rekreasi dan Zoo Bukit Takal di Kemaman.

Projek ini dijalankan sebagai sebahagian tarikan bagi memajukan pelancongan negeri yang kini menjadi produk utama kerajaan Terengganu selepas untuk tidak bergantung berterusan kepada hasil minyak dan gas.

Transformasi yang dilakukan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkaitan pelancongan ini sewajarnya disambut baik kerana ia seiringan dengan projek lain seperti memajukan Tasik Kenyir dan menjayakan Tahun Melawat Terengganu pada setiap tahun.

Kawasan taman dan zoo ini yang dulunya merupakan dusun buah-buahan, kini menjadi tumpuan pelancong dan penduduk tempatan, terutama menjelang hujung minggu.
Lebih menarik, taman ini juga turut dilengkapi dengan kemudahan beriadah untuk seiisi keluarga, taman permainan kanak-kanak, kolam renang dan gelongsong air.

Bukit Takal dipilih kerana ia terletak di kawasan pertengahan antara pusat bandar Kuala Terengganu dan Kuantan.

Selain itu, ia juga tidak begitu jauh bagi penduduk dari tempat lain di Pahang, Wilayah Persekutuan dan Selangor untuk turut berkunjung ke destinasi berkenaan.

Pemimpin PAS boleh berkhutbah atau tarbiyah orang kampung bahawa taman rekreasi ini merugikan dan lebih baik berbelanja wang untuk membina rumah dan pendidikan.

Persoalannya, apakah kerajaan negeri tidak membina rumah rakyat? Apa yang kerajaan PAS buat ketika memerintah dalam konteks membina rumah mampu milik? Berapa jumlahnya?

Begitu juga dengan pendidikan, apa program jangka panjang dirancang dan dilaksana kerajaan PAS antara 1999 – 2004?

Yang dilakukan mereka ialah meneruskan dasar yang ditinggalkan bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.

Dalam konteks Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman ini, pemimpin PAS jangan membuat tohmahan dan tuduhan melulu.

Menteri Besar sudah menjawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri awal Disember lalu bahawa ia membelanjakan RM9.228 juta bagi pembinaan Zoo Bukit Takal Kemaman dan sebanyak RM2.88 juta bagi belanja pengurusan zoo berkenaan sepanjang 2008 hingga 2011.

Pada jawapannya kepada soalan lisan, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Buruk), Datuk Seri Ahmad Said menyebut, binatang yang terdapat di zoo berkenaan setakat ini ialah mamalia, reptilia, burung dan ikan. Manakala kos pembiayaan binatang berkenaan sekitar RM40,000 sebulan.

Ketika ini, pelbagai spesies haiwan, termasuk singa, harimau dan tapir, yang ditempatkan di taman itu menjadi daya tarikan lokasi pelancongan itu menarik minat pelawat untuk berlibur bersama keluarga pada hujung minggu.

Ketika ini sebanyak 248 haiwan pelbagai spesies menjadi tarikan kepada orang ramai untuk berkunjung ke zoo terbesar di Pantai Timur itu.

Pihak pengurusan zoo berkenaan akhir tahun lalu menerima 13 ekor singa untuk tontonan pelawat di samping dua ekor kuda padi, buaya tembaga (dua) dan seekor buaya jejulong.

Haiwan lain yang terdapat di zoo berkenaan termasuk pelbagai spesies burung, kura-kura, beruang matahari, landak, musang dan gajah. Bilangan haiwan di zoo berkenaan akann ditambah dari semasa ke semasa mengikut keupayaan pihak pengurusannya.

Turut menjadi perhatian pengunjung zoo berkenaan “Chiko”, harimau jantan berusia tiga tahun serta pasangannya harimau betina, “Country” yang jauh lebih tua, iaitu lapan tahun.

Malah bagi menarik lebih ramai pelawat, zoo berkenaan menempatkan Taman Tema Air dan dua ekor Harimau Malaya yang disumbangkan Zoo Melaka serta seekor tapir.

Apa yang menarik mengenai zoo ini ialah ia menampilkan konsep unik dengan memulihara alam sekitar dan pelbagai jenis tanaman asal kawasan itu.

Taman dan zoo ini berbeza dengan zoo-zoo lain kerana ia lebih menekankan konsep terbuka dan mengekalkan alam semulajadi agar haiwan lebih selesa ditempatkan di situ.

Hakikatnya, dalam memperkenalkan perkara baru, pastinya akan ada nada sinis dan kurang keyakinan pihak yang merasakan perkara seperti ini boleh dijadikan modal politik.

Sebaliknya, taman dan zoo ini sudah berada dalam peta destinasi ke Terengganu dan tidak pelik kalau pemimpin PAS turut membawa murid dari PASTI untuk ke zoo berkenaan.

Bayangkan Jepun mewujudkan taman Disneyland di Tokyo? Sekurang-kurangnya orang Asia tidak perlu ke Los Angeles di Amerika Syarikat untuk melihat dan menikmati suasana taman berkenaan.

Dan begitulah juga dengan taman dan zoo di Bukit Takal ini, setidak-tidaknya rakyat Terengganu atau dari Pahang tidak perlu ke Kuala Lumpur atau Taiping untuk merasai atau menikmati suasana zoo.

Malah, kemudahan di Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman akan ditingkatkan secara berperingkat-peringkat bagi memenuhi standard piawaian antarabangsa, sekaligus menjadikannya zoo bertaraf dunia.

Ahmad Said sudah menyatakan bahawa peruntukan RM50 juta disediakan melalui Rancangan Malaysia Ke-10 bagi menambah bilangan haiwan serta pelbagai kemudahan bagi menempatkan lebih banyak haiwan di zoo tersebut.

“Kita mahu menyediakan ruang yang lebih besar bagi meletakkan pelbagai jenis haiwan seperti yang ditetapkan piawaian antarabangsa bagi menjadikan zoo ini bertaraf antarabangsa,” katanya selepas Majlis Penyerahan Haiwan Untuk Ditempatkan Di Pusat Pemuliharaan Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, baru-baru ini.

Yang penting, zoo berkenaan bukan sahaja menjadi tempat belaan pelbagai jenis haiwan untuk ditonton orang ramai, tetapi pada masa yang sama akan menjadi tempat pemuliharaan haiwan, terutama spesies yang hampir pupus.

Selain itu, zoo berkenaan juga kini dalam proses menyediakan ‘African Safari’ yang bakal menempatkan pelbagai haiwan dari Afrika, tidak lama lagi.
Mengatakan taman dan zoo ini sebagai ‘koleksi peribadi Ahmad Said’ adalah tidak adil hanya kerana beliau bersungguh-sungguh mahu menjamin kejayaan projek ini.

Kalau begitu bagaimana dengan projek yang lain seperti program Anjung Ilmu, Tabung Penyakit Kronik, Rumah Mampu Milik atau pembangunan Kuala Terengganu yang antaranya mahu menyelamatkan tanah orang Melayu serta bantuan kepada orang tua, remaja atau pelajar yang mahu menyambutkan pelajaran, kenapa tidak sebutnya sebagai ‘koleksi peribadi Ahmad Said”?

Sewajarnya pemimpin PAS jangan hanya kerana mahukan sokongan melakukan tohmahan dan cerca yang di luar batasan sedangkan kegembiraan, keseronokan dan rekreasi tidak boleh diukur dengan wang ringgit.

Pemimpin PAS perlu ingat dan faham bahawa taman dan zoo ini kini menjadi kunjungan akhir minggu yang selain mendatangkan pendapatan atau pulangan kepada zoo berkenaan juga menyediakan tempat kegembiraan kepada seisi keluarga.

Bukankah ini juga nikmat yang dikurniakan Allah s.w.t dan bolehkah nikmat dan kegembiraan dikira atau dihitung dengan wang ringgit?

0 comments:

Post a Comment

Tetamu Teganuku

TERKINI Di Teganuku

PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM

BAHAGIAN 2 – SIKAP EKSTREM ALA KHAWARIJ

Sejarah perkembangan umat Islam telah menunjukkan kepada kita betapa adanya individu atau kumpulan yang mahukan kuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja sekalipun memutarbelitkan hukum agama sebagaimana yang dilakukan oleh Kumpulan Khawarij di Zaman Saidina Ali dan Muawiyah.

Sebenarnya golongan yang sangat taksub kepada Saidina Ali ini telah melakukan tindakan yang melampau sejak zaman pemerintahan Saidina Uthman lagi.

Mereka telah menuduh Saidina Uthman sebagai kafir dengan alasan baginda tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH (s.w.t.) dan hal ini mengakibatkan berlakunya fitnah besar di kalangan umat Islam.

Oleh kerana salah satu natijah penting daripada tuduhan kafir(takfir) ialah halal darah,maka tuduhan kufur terhadap Saidina Uthman telah membawa kepada penumpahan darah seorang sahabat besar Rasulullah (s.s.w.) dan Khalifah Islam ketiga dengan mangkatnya beliau.

Ekoran daripada pembunuhan Saidina Uthman, timbul di kalangan masyarakat Islam waktu itu golongan yang ingin menuntut bela terhadap darahnya,yang berakhir dengan peperangan al-jamal antara kumpulan yang dipimpin oleh Saidatina Aisyah dan Saidina Ali.

Peperangan al-jamal telah mengakibatkan penumpahan darah ribuan umat Islam. Fitnah takfir berulang lagi pada zaman Saidina Ali, golongan Khawarij bukan sahaja mengkafirkan Saidina Ali dan pengikut-pengikutnya,tetapi juga umat Islam yang bukan Khawarij serta menghalalkan darah mereka. Malah lebih jauh lagi pegangan ini mereka jelmakan dalam tindakan dengan membunuh siapa saja orang Islam bukan Khawarij yang mereka temui.

Peristiwa sejarah telah memperlihatkan betapa besarnya bahaya dan kemusnahan akibat daripada perbuatan takfir terhadap akidah dan perpaduan umat. Menyedari kelemahannya, PAS mengambil jalan singkat yang merbahaya dan kotor untuk terus berhadapan dengan UMNO.

Disamping meneruskan sikap ekstem ala khawarij, PAS juga menggerakkan jentera penerangannya untuk membenci UMNO.

Gerakan membenci UMNO telah dilaksanakan sejak lama dahulu dan apabila berlakunya krisis Datuk Seri Anwar Ibrahim, kebencian itu seolah-olahnya baru bagaikan disirami minyak petrol yang menyemarakkan.

Sejarah menceritakan bagaimana seorang pegawai kepada Saidina Ali bersama seorang isteri dan anaknya masih di dalam kandugan telah dibunuh oleh sekumpulan pemberontak khawarij, sebabnya mereka tidak sanggup mengkufurkan Saidina Ali.

Diperhatikan juga bagai manatakfir telah melahirkan pegangan dan tindakan ekstrem yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam, sehingga buah tamar seorang Nasrani lebih berharga daripada nyawa seorang Muslim,dan nyawa seorang musyrik lebih terpelihara daripada nyawa seorang Muslim yang tidak sama pegangannya.

Terus teroka blog ini untuk posting awal PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM:

Pengenalan - Pas Parti Serpihan
Bahagian 1 - Penyertaan PAS dalam BN, Singkir Asri Kerana Kepimpinan Ulama, Pemalsuan Akidah Kerana Politik & Membina Pemikiran Pelampau Taksub

PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM

Mulai hari ini, teganuku akan menyiarkan siri PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM untuk tatapan penjenguk blog ini.

Sama-samalah kita renungkan apa yang didedahkan untuk penilaian kita apakah PAS itu sebuah parti Islam atau sebaliknya.

Fakta-fakta yang dihasilkan oleh Biro Agama UMNO Malaysia ini pernah diterbitkan dalam bentuk buku kecil oleh Urusetia Biro Penerangan UMNO Malaysia.

PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM

Pengenalan:

PAS PARTI SERPIHAN


PAS ialah parti politik serpihan daripada UMNO. Apabila ketuanya Tuan Haji Ahmad Fuad selaku Pengerusi Biro Agama UMNO kalah dalam pertandingan melawan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj bagi merebut jawatan Yang Dipertua Agung (Presiden) UMNO pada 25 Ogos 1951, beliau keluar daripada UMNO dan menubuhkan parti politik baru pada 16 September 1951, iaitu PAS. PAS mungkin terlupa sejarahnya sendiri. Siapa yang luluskan pendaftaran PAS?

PAS nama asalnya Pan Malayan Islamic Party ditubuhkan pada 23 Ogos 1951. Diizinkan penubuhannya oleh British dan tidak diharamkan penubuhannya seperti Hizbul Muslimin Gunung Semanggol. Orang yang meluluskan PAS adalah seorang pegawai British berbangsa India bernama Nadarajan.

Namun semuanya tidak kekal lama, Ahmad Fuad bersama beberapa orang ulama yang pada awalnya menubuhkan PAS kemudian masuk semula ke dalam UMNO. Kemudian kepimpinan PAS diteruskan oleh seorang doktor kerajaan British (baca di sini). Bukan Ahmad Fuad sahaja yang kembali selepas itu Asri juga masuk UMNO. Kepimpinan PAS sekarang akan menidakkan fakta sejarah PAS ini.

Mengapa dalam sejarah PAS tidak diceritakan kisah pengasas PAS sendiri?

PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM - Bahagian 1

Mulai hari ini, teganuku akan menyiarkan siri PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM untuk tatapan penjenguk blog ini.

Sama-samalah kita renungkan apa yang didedahkan untuk penilaian kita apakah PAS itu sebuah parti Islam atau sebaliknya. Fakta-fakta yang dihasilkan oleh Biro Agama UMNO Malaysia ini pernah diterbitkan dalam bentuk buku kecil oleh Urusetia Biro Penerangan UMNO Malaysia.

PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM


Bahagian 1: 

PENYERTAAN PAS DALAM BN

PAS menyertai Barisan Nasional selepas Peristiwa 13 Mei 1969. Pada tahun 1973 PAS bersama UMNO dan MCA dalam Kerajaan Campuran di Kelantan dan pada tahun 1974 ,PAS menyertai Barisan Nasional .
Semasa UMNO melancarkan Dasar Ekonomi Baru bagi merealisasikan agenda Melayu dalam pembangunan negara, PAS turut menyokongnya. Apabila PAS keluar daripada Barisan Nasional pada 1977, perjuangan membela bangsa Melayu sudah tidak relevan lagi untuk PAS.

Ini kerana perjuangan itu telah diisi sepenuhnya oleh UMNO.

SINGKIR ASRI KERANA KEPIMPINAN ULAMA

Pada tahun 1983 PAS menyingkirkan Tan Sri Asri Haji Muda daripada kepimpinannya, kemudian diganti oleh sekumpulan pemimpin baru yang terdiri daripada Haji Yusof Rawa, Fadzil Noor, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi Awang dan lain-lain. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai kepimpinan ulama.

Dalam era tersebut PAS melabelkan perjuangan kebangsaan Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO sebagai Asabiyah kerana Asabiyyah dilarang dalam Islam.

PEMALSUAN AKIDAH KERANA POLITIK

Apabila PAS menjadikan politik sebagai aqidah,menyebabkan berlakunya campur-aduk antara persoalan aqidah dan politik tanpa membezakan asal usul siasiyyah (prinsip politik) dengan qadaya siasiyyah(isu-isu politik).Bagi pemimpin dan ahli-ahli PAS yang tidak memiliki pengetahuan yang mantap mengenai politik dan aqidah Islam,menjadikan mereka golongan yang mengulangi penyelewengan Al Khawarij,(satu golongan yang mengkafirkan orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka di akhir pemerintahan Khulafah Al Rasyidin).


MEMBINA PEMIKIRAN PELAMPAU TAKSUB

PAS mula membina pemikiran-pemikiran politik melampau dengan memulau dan mengkafirkan sesama Islam yang tidak sehaluan dengannya dan berbagai-bagai tindakan lagi dilakukan oleh PAS menyebabkan parti itu boleh dianggap sama dengan pemikiran kaum Al Khawarij sepanjang penglibatan kaumitu dalam politik.

Lihat juga:

Pengenalan – PAS Parti Serpihan

PEMBOHONGAN PAS 1 DI DUN TERENGGANU

PEMBOHONGAN PAS 2 DI DUN TERENGGANU