Melalui perang psikologi awal ini, sedikit sebanyak pemikiran rakyat
sudah dipengaruhi kononnya calon Barisan Nasional yang dikemukakan
kepada SPRM ini terpalit rasuah sedangkan SPRM sendiri belum memaklumkan
apa-apa kepada parti...jika benar wujud keadaan sedemikian, apakah sumber itu daripada SPRM sendiri?"
Tidak dapat dipastikan sejauh mana benarnya laporan ekslusif Sinar Harian semalam yang melaporkan antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula pada PRU13 ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.
Apabila menyebut Menteri Besar dan Ketua Menteri serta pemimpin tertinggi sebuah parti, apakah ia hanya melibatkan Barisan Nasional kerana pembangkang dikatakan mempunyai sistem saringan sendiri dan tidak memerlukan khidmat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tujuan ini?
Atau apakah laporan ini merupakan strategi pembangkang menggunakan laporan akhbar berkenaan untuk menjatuhkan kredibiliti Barisan Nasional seolah-oleh pemimpin Barisan Nasional terpalit rasuah?
Melalui perang psikologi awal ini, sedikit sebanyak pemikiran rakyat sudah dipengaruhi kononnya calon Barisan Nasional yang dikemukakan kepada SPRM ini terpalit rasuah sedangkan SPRM sendiri belum memaklumkan apaapa kepada parti.
Selain itu, jika benar wujud keadaan sedemikian, apakah sumber itu daripada SPRM sendiri kerana ulasan oleh Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah SPRM tidak mahu terbabit dengan laporan oleh Sinar Harian semalam.
Akhbar berkenaan melaporkan perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon oleh SPRM yang diserahkan beberapa parti kepada untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.
Sinar Harian yang memetik sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.
Jawatan Khas berkenaan mengatakan semalam, pihaknya tidak terlibat dalam tapisan calon-calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Salah seorang ahlinya, Dr Tan Seng Giaw memberitahu, tapisan itu dilakukan SPRM tanpa campur tangan pihak lain termasuk beliau dan lima lagi ahli jawatankuasa tersebut.
Bekas Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan itu berkata, siasatan perlu dilakukan secara telus dan profesional. "Kami tidak terlibat, siasatan hanya dilakukan SPRM," katanya.
Selain beliau, jawatankuasa tersebut dianggotai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator, Datuk Doris Sophia Brodi; Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad; Datuk Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud); Datuk Ismail Abdul Muttalib (Maran) dan Salahuddin Ayub (Kubang Kerian).
Sementara itu, Salahuddin yang juga Naib Presiden Pas, menegaskan siasatan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dibuat secara objektif dan rasional, bukannya berdasarkan tuduhan.
Katanya, beliau tidak tahu tentang empat nama yang dinasihatkan untuk tidak bertanding dalam PRU13 kerana isu ini masih baru dan belum dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah.
"Apa yang penting adalah integriti perlu diutamakan dalam setiap usaha yang dilakukan bersama SPRM. Namun, dalam isu ini, saya masih belum mendapat apa-apa maklumat, kerana isu ini masih baru," katanya.
Ditanya sama ada parti komponen Pakatan Rakyat (PR) termasuk Pas akan menghantar senarai nama calon untuk ditapis SPRM, Salahuddin berkata, Umno hantar nama calon kerana parti itu adalah kerajaan yang memerintah.
"Banyak tapisan perlu dibuat kerana mereka memerintah negara ini, tetapi Pas apa yang ada, kami bukan pemerintah," katanya.
Sinar Harian melaporkan semalam, beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh SPRM kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.
Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.
Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.
Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.
Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13 masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Umno buktikan parti itu serius menjaga integritinya dengan menyahut cabaran menghantar nama calon bagi tapisan pihak berkenaan.
Katanya, apa yang dilakukan oleh Umno adalah tuntutan biasa seperti pilihan raya umum (PRU) yang lalu. “Soal nama calon itu, kami buat kerja seperti biasa. Soal serah nama pada SPRM, tunggu nanti saya akan beritahu,” katanya semalam.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Haron pula berkata, apa yang dilakukan oleh partinya itu adalah kaedah yang baik. “Ini rasa tanggungjawab kita dalam menunjukkan Umno sememangnya serius dalam integriti.
Tidak seperti pembangkang yang hanya menuduh parti lain tetapi mereka tidak melakukan perkara yang sepatutnya. “Kebolehan dan kepercayaan itu penting dan Umno berusaha melakukan yang terbaik,” katanya.
No comments:
Post a Comment