
Kursus akan memakan masa selama tiga tahun.
Pengambilan sesi pertama iaitu seramai 50 pelajar akan bermula pada 12 Julai ini dan ia akan dilakukan sebanyak dua kali setahun itu.
Kolej Tesdec juga menawarkan program persijilan dalam bidang kimpalan dan teknologi sambungan bahan serta kejuruteraan lain pada masa akan datang.
Kolej Tesdec telah memeterai MoU (memorandum persefahaman) dengan The Welding Institute, United Kingdom untuk menawarkan sijil bertaraf antarabangsa itu.
Ia juga akan memberikan perkhidmatan berasaskan kejuruteraan dalam sektor minyak dan gas melalui MoU itu.
Program itu adalah usaha permulaan bagi mengantarabangsakan kolej ini selain mengikis persepsi masyarakat bahawa Kolej Tesdec adalah pilihan terakhir untuk melanjutkan pelajaran selepas gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi lain.

Katanya, ketika ini, pembangunan kolej itu di tahap fasa kedua yang menyaksikan pembinaan bangunan baru untuk penambahan bilik pembelajaran.
Menurut beliau, fasa ketiga dijangka dimulakan pada akhir tahun ini selepas kolej itu menerima peruntukan berjumlah RM15 juta daripada kerajaan negeri.
Katanya, pembangunan fasa ketiga melibatkan pembinaan bengkel-bengkel dan asrama.
"Pelan pembangunan kolej ini adalah mengikut konsep taman industri yang mana pelbagai kursus berbentuk kemahiran dan skil akan diperkenalkan.
No comments:
Post a Comment