Oleh Zabidi Hj Saidi (memobelakang)
Lucu juga membaca sebuah blog yang menghasut rakyat Besut menuntut kemerdekaan dari negeri Terengganu? Bukan saja Besut yang dikatakan mahu menuntut kemerdekaan, malah Setiu juga mahu menuntut kemerdekaan.
Blog itu sengaja menghasut rakyat Besut dan Setiu memberontak kepada kerajaan Terengganu. Ini bermakna mereka sudah derhaka kepada Sultan Terengganu. Oleh itu polis hendaklah menyiasat penulis blog itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada penulis berkenaan yang menghasut rakyat Besut dan Setiu.
Apakah Idris Jusoh nak jadi Yang Dipertua Negeri Besut bila Besut diisytiharkan sebagai negeri baru? Atau beliau mahu jadi Ketua Menteri Besut. Negeri paling kecil di Malaysia dengan empat dewan undangan negeri sahaja.
Nampak sangat penulis blog ini tidak ada otak. Adakah patut disarankan supaya Besut memnuntut kemerdekaan dari Terengganu, sesuatu yang mustahil berlaku. Apa kata Sultan Terengganu jika benar rakyat Besut mahu merdeka?
Kenapa rakyat Besut perlu merdeka? Adakah mereka dianaktirikan oleh kerajaan Terengganu? Sedangkan di Besutlah paling banyak pembangunan.
Universiti dah harga RM200 juta. Begitu juga Taman Ilmu RM200 juta. Oleh itu Besut tidak pernah dianaktirikan oleh kerajaan terengganu.
No comments:
Post a Comment