Ayuh anak Terengganu, kita beramai-ramai ke Stadium Bukit Jalil 1 Ogos ini.
Kira-kira 10,000 rakyat Terengganu dan keluarga akan berhimpun di pekarangan Tempat Letak Kereta B, Stadium Bukit Jalil 1 Ogos ini sebagai meraikan tetamu kehormat – anak-anak Terenganu di perantauan.
Pehimpunan 1T3F (1 Terengganu Food Fruits Fiesta) itu dianjurkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Anak-Anak Terengganu di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PESAT).
Ia bertujuan mengeratkan perhubungan antara pemimpin negeri dan rakyat negeri Terengganu di perantauan.
Pelbagai acara diatur pada majlis bermula 6 petang hingga 12 malam itu.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said bersetuju menganjurkan satu perhimpunan berkonsepkan Pesta Makanan dan Buah-Buahan Terengganu.
Menurut jurucakap PESAT, program ini dipenuhi dengan acara makan buah-buahan dan makanan tempatan selain diselang-seli dengan persembahan rakyat dan kebudayaan serta huburan.
Beberapa artis Terengganu seperti Salim, Ameng, Adnan Othman, Faizal AF, Hafsah Jusoh yang berasal dari Terengganu akan menyerikan majlis.
Program ini akan melibatkan semua daerah di negeri ini di mana setiap Pegawai Daerah akan diberikan tanggungjawab untuk menyelaras dan menyediakan makanan serta produk yang menjadi identity daerah masing-masing.
Antara makanan yang akan disediakan termasuk nasi dagang, laksa, ketupat sotong, rojak kateh, pulut nyor, bekam, otak-otak dan banyak lagi.
Mesyuarat persediaan kali kedua diadakan semalam di Wisma Darul Iman dan dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Husin Embong.
Selain wakil kerajaan negeri, beberapa pegawai daerah dan beberapa anggota PESAT menghadirinya.
No comments:
Post a Comment