Tuesday, July 14, 2009

UMT Ambil Pelajar Paling Ramai Sesi Julai Ini

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima 2,017 pelajar baru bagi sesi pengambilan Julai ini, yang paling ramai sejak institut pendidikan itu dinaiktaraf sebagai universiti 1 Feb 2007.

Naib Canselor UMT Prof Dr Aziz Deraman berkata sebelum ini, pengambilan pelajar ialah kira-kira 1,600 orang.

"Pada kebiasaannya, kita menerima tidak sampai 2,000 pelajar baru. Peningkatan pengambilan ini menunjukkan ramai pelajar berminat mengikuti pengajian di sini," katanya selepas majlis Anugerah Graduan Cemerlang UMT 2009 hari ini.

Aziz berkata pada akhir tahun ini, UMT akan menerima 50 pelajar dari China berbanding 24 orang tahun lepas.

"Selain itu, pelajar dari Indonesia, Perancis, Yaman, Thailand, Arab Saudi, Vietnam dan India turut mengikuti pengajian di UMT," katanya.

Pada majlis itu, seramai 32 pelajar cemerlang menerima sijil penghargaan masing-masing daripada Pengerusi Lembaga Pengarah UMT Tan Sri Dr Ahmad Zaharudin Idris.

No comments:

Post a Comment