Thursday, July 30, 2009
Siling lapangan terbang tertanggal lagi
Berita Harian semalam melaporkan siling di bahagian bumbung utama Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) berhampiran Kompleks Menara Kawalan tertanggal lagi.
Ini sudah pasti menjejaskan pemandangan terminal berharga RM123 juta itu. Sebab tertanggal dikatakan kerana angin kuat dari pantai.
Pengurus Malaysia Airports Bhd (MAB) LTSM, Ahmad Ramli Mahmood, berkata pihaknya sudah melaporkan masalah ini kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) .
Beliau berharap agensi itu akan tampil dengan penyelesaian jangka panjang yang mungkin membabitkan rekaan semula bumbung itu,
Kejadian ini berlaku selepas sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh dan Pusat Akuatik di Kuala Terengganu ditutup.
Hakikatnya, masalah siling tanggal di beberapa bahagian LTSM ini menjejaskan imej satu lagi projek mega negeri ini yang baru hampir setahun digunakan.
Ahmad Ramli menjelaskan, pihaknya sudah mengesan masalah siling tanggal di beberapa bahagian lapangan terbang itu terutama di bahagian kiri dan kanan bumbung utama sejak lapan bulan lalu, dan dalam tempoh itu sudah tiga kali kejadian itu berulang.
Katanya, setiap kali MAB mengesan masalah itu, kontraktor akan membaikinya tetapi tidak berapa lama kemudian kejadian sama akan berulang.
No comments:
Post a Comment