Tuesday, July 28, 2009

Sinar Harian kuat promo PAS

PENDAPAT:
Oleh Cucu Pok Teh Bakap

Saya terbaca satu berita agak menarik dalam akhbar tabloid tempatan semalam.
Tajuknya “Pas jangka perpecahan pemimpin UMNO”.

Orang PAS semakin berani buat ramalan. Pada hal dalam Islam buat ramalan mengenai perpecahan orang lain atau sebagainya yang negative rasanya dilarang.

Tapi kalau dah politik – semuanya halal. Nyalaan lilin pun tidak apa bagi orang PAS, tidak haram hanya ‘bengong je’.

Kata Pengarah Pilihan raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman, PAS menjangkakan perpecahan pemimpin UMNO Terengganu tidak akan selesai sampai bila-bila, meskipun parti itu berusaha memperbaiki keadaan dan mengembalikan kekuatan mereka.

Katanya, punca utama keadaan itu adalah disebabkan sikap pemimpin UMNO sendiri terlalu mementingkan kebendaan dan jawatan tertentu hingga sanggup mengabaikan perjuangan parti.

Sehubungan itu katanya, Pas yakin akan dapat menawan semula Terengganu daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti dan mengembalikan kegemilangan pemerintahan parti itu di negeri ini.

“Kita mampu tawan Terengganu nanti, keyakinan ini berasaskan kepada keadaan UMNO yang berpecah- belah dan tidak bersatu antara satu sama lain, selain beberapa kelemahan pentadbiran berlaku dalam kerajaan BN,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Cantik mainan dua pihak ini. Satu pemimpin PAS dan satu lagi “pembawa berita” yang seakan-akan berfungsi sebagai pemecahbelah UMNO dan penyokong PAS.

PAS jangan lupa ada dua perkara.

Pertama ketika UMNO memang pada 2004, UMNO Terengganu pun pecah juga diakibatkan oleh pertelingkahan orang Datuk Seri Idris Jusoh dan Tan Sri Wan Mokhtar.

Kedua, dalam PAS pun berpecah juga sekarang ini. Jangan ingat di Terengganu semua orang pengikut Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ramai juga yang kuat di Terengganu ini proErdogan.

PAS kena ingat ini. Jangan dok selak seluar orang je…nanti kan terkencing merata.
Kalau PAS telah memulakan kerja menyusun pelbagai strategi dan rancangan terbaik bagi menawan Terengganu tanpa menunggu saat-saat akhir pilihan raya umum, UMNO pun buat kerja juga.

Jangan ingat Tan Sri Hishamuddin Hussein dan Datuk Ahmad Said duduk diam.
Pun begitu Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pun ada strategi juga.
Cuma di sebelah UMNO tidak mahu publisiti murahan seperti yang disokong Sinar Harian ini.

Tawan hati dengan air liur sahaja bolehlah tetapi UMNO dan Kerajaan Terengganu sudah mula bergerak dengan pelbagai program.

Susah mahu disebut satu persatu sebab banyak sangat.

Jadi kepada Sinar Harian, kalau nak jek PAS pun hati-hatilah….

No comments:

Post a Comment