Monday, August 3, 2009

Memantapkan kemahiran Pegawai Perunding

Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahya berkata, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu (JKSNT) akan memantapkan kemahiran Pegawai Perunding mereka melalui penyertaan Kursus Pengurusan Mediasi yang diadakan baru-baru ini.

Seramai 23 peserta Kursus Pengurusan Mediasi telah menerima sijil tamat kursus masing.
Kursus selama empat hari itu dianjurkan oleh sebuah kolej dari Australia.

Ismail berkata, melalui kursus tersebut peserta-peserta didedahkan dengan kemahiran berunding bagi membolehkan pertikaian anak guam mereka diselesaikan secara damai (sulh) menerusi mediasi terlebih dahulu sebelum kes dibawa ke hadapan pengadilan untuk proses perbicaraan.

"Walaupun kursus ini dianjurkan oleh negara luar namun kita percaya bahawa mereka sangat pakar di dalam pengurusan mediasi yang bakal membantu pegawai-pegawai dalam menyelesaikan masalah anak guam mereka.

"Kursus mediasi ini amat penting untuk didedahkan kepada pegawai-pegawai tersebut bagi membolehkan mereka bijak mengendalikan sebarang bentuk kes yang diterima," jelasnya.

Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan pelancaran Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 dan pelaksanaan KPI di Primula Beach Resort, di Kuala Terengganu, semalam.

No comments:

Post a Comment