Tuesday, August 4, 2009

Ahmad Said hadir Mesyuarat ECER

Sumber: Utusan Online

Mesyuarat majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) ketiga semalam di Putrajaya membincangkan Zon Ekonomi Khas (SEZ) yang akan dilancarkan di Pekan hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Projek Agropolitan Pekan, yang bertujuan membasmi kemiskinan, akan turut diumumkan hari ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis itu, Datuk Jebasingam Issace John selepas menghadiri mesyuarat itu di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya semalam.

Ia turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan.

Yang turut hadir ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.

"Lembaga itu juga mahu menggalakkan pelaburan swasta secara aktif. Kami juga mengkaji kerangka bagi pewujudan satu amanah hartanah untuk memajukan tanah simpanan Melayu," katanya.

Yang lain ialah Taman Perindustrian Automotif Pekan, Taman Polimer Kertih dan pembangunan bersepadu Bandaraya Pelabuhan Kuantan.

Mesyuarat selama dua setengah jam itu dipengerusikan Najib, yang juga Pengerusi majlis Pembangunan ECER.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan IOI, Tan Sri Lee Shin Cheng merupakan wakil sektor swasta di mesyuarat itu.

Sementara itu Ahmad Said turut menghadiri pelancaran Projek Agropolitan Pekan, yang bertujuan membasmi kemiskinan oleh Perdana Menteri hari mini.

No comments:

Post a Comment