
T'Shoppe yang dibuka di Kuala Berang dan Kuala Terengganu menerima sambutan sangat menggalakkan. Kutipan jualan harian secara purata bagi T'Shoppe Kuala Berang RM2,000, manakala T'Shoppe Gong Kapas, Kuala Terengganu (RM1,000).
Berikutan itu, YPU merancang membuka lapan lagi T'Shoppe di luar Terengganu iaitu satu di Melaka, Johor (empat) dan Selangor (tiga) bagi mengembangkan rangkaian operasi T'Shoppe yang diuruskan anak syarikat YPU iaitu Cakna Sdn Bhd yang memeterai perkongsian pintar dengan beberapa syarikat lain.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar bandar, Wilayah dan Koperasi negeri, Datuk Mohamad Awang Tera dan Pengurus Besar YPU, Azmi Razik.
Ketika ini, tiga T'Shoppe sudah beroperasi iaitu masing-masing satu di Kuala Berang, Gong Kapas dan Dataran Shahbandar di Kuala Terengganu.
“Pembekal produk di T’Shoppe Gong Kapas membabitkan 95 usahawan, dengan 33 adalah

“Sasaran T'Shoppe adalah memastikan 70 peratus daripada produk yang dijual adalah produk keluaran PKS tempatan, selain menjual produk sampingan yang menjadi keperluan pengguna termasuk kad prabayar, majalah dan akhbar, alat tulis serta barangan penjagaan diri,” katanya selepas merasmikan T'Shoppe Gong Kapas di sini, semalam.
Mengenai daya saing harga di T'shoppe yang lebih rendah berbanding kedai serbaneka 24 jam lain, Ahmad berkata, keadaan itu dapat dicapai menerusi pengwujudan pusat pengumpulan, pembungkusan dan pelabelan (TP3) bagi menjamin kualiti produk sentiasa dipantau.
Katanya, selain T'Shoppe, kerajaan negeri melalui YPU akan mewujudkan T-Mall bagi memasarkan produk usahawan tempatan dalam skala besar dan cawangan pertama akan dibuka di Kuala Berang membabitkan peruntukan RM6 juta.
"T'Mall atau pasar raya rakyat itu dijangka mula beroperasi tahun hadapan dan diperluaskan ke daerah lain di seluruh negeri secara berperingkat mulai 2011.

No comments:
Post a Comment