Monday, August 17, 2009

Dah dapat habuan, tetap salahkah kerajaan?

CERMINLAH…

Dah dapat habuan, tetap salahkah kerajaan?

Nampaknya pembangkang cepat mengambil isu perpindahan 35 pemilik kedai di Jalan Bandar untuk ‘menangguk di air keruh’.

Mereka cuba menggambarkan seolah-olah Kerajaan Negeri ‘zalim’ dan Menteri Besar tidak memberikan perhatian kepada masalah mereka.

Benarkah sedemikian?

Hakikatnya, peniaga atau pemilik kedai berkenaan sudah pun menerima habuan masing-masing tetapi mereka tidak merancang untuk diri mereka sendiri.

Setelah gagal merancang untuk kebaikan diri, wajarkah kita menyalahkan orang lain?

Kumpulan ini bagaikan tidak cermin diri tetapi asyik menyalahkan orang sahaja.

Lihat cermin dan tanya diri – “Wajarkah aku melakukan ini selepas duit dah ambil…”

Bagaimana mereka boleh mengatakan kerajaan mengabaikan mereka apabila Datuk Ahmad Said, di Chukai baru-baru ini mengatakan semua 35 pemilik rumah kedai berusia lebih 100 tahun di Jalan Bandar berdekatan Pasar Besar Kedai Payang di Kuala Terengganu yang akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada rancangan pembangunan semula pusat bandar raya sudah diberikan pampasan masing-masing.

Menteri Besar berkata, semua peniaga berkenaan sudah dibayar pampasan sejak 1990-an kerana rancangan pembangunan semula itu sudah lama diputuskan tetapi tidak dilaksanakan berikutan menghadapi beberapa masalah.

"Isu ini sudah lama, (sejak) tahun 1990-an lagi mereka sudah terima bayaran. Cuma projek itu tertangguh kerana ada sedikit masalah, setengah itu dah menyewa tempat perniagaan lain. Jadi tak betullah kalau mereka tak nak keluar. Mereka bukan diberi notis sehari dua... dah bertahun.

Apa yang kita nak buat sekarang ialah membangunkan bandar dan membesarkan jalan," katanya selepas merasmikan Kursus Dana Bakti Remaja peringkat Parlimen Kemaman di Dewan Orang Ramai Bukit Kuang.

Tolonglah, tak kan Menteri Besar bohong. Beliau pasti ada bukti.

Seharusnya lebih 30 peniaga dan penyewa premis di Jalan Bandar dan Jalan Banggol yang diberikan notis untuk mengosongkan premis mereka oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu bagi membolehkan kerja-kerja pembangunan dilakukan lebih bertanggungjawab.

Mereka mengadakan bantahan mahu kerajaan negeri menyediakan kos perpindahan selain pampasan pengambilalihan tanah di kawasan itu.

No comments:

Post a Comment