Thursday, August 13, 2009

Dr A Rahman – Waspada selesema babi

Rakyat Terengganu diminta berwaspada dengan simptom selesema babi (H1N1) bagi mengelakkan dijangkiti wabak yang semakin menular itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, pihaknya mendapati ramai penduduk di negeri ini masih tidak kisah atau tidak mengambil tahu mengenai wabak berbahaya ini.

Sikap acuh tidak acuh yang ditunjukkan orang ramai ini akan menyebabkan wabak berkenaan mudah merebak.

Menurut A Rahman, kerajaan meminta penduduk lebih serius dan berhati-hati walaupun keadaan wabak H1H1 di negeri itu masih terkawal.

Beliau berkata, walaupun wabak itu masih terkawal, orang ramai tidak harus menganggap ia tidak berbahaya kerana setakat ini sudah 14 nyawa terkorban kerana wabak itu.

“Jabatan Kesihatan Negeri akan terus mengadakan penerangan kepada orang ramai mengenai bahaya H1N1 melalui sesi yang diatur seluruh negeri,” katanya.

Menurutnya, setiap kali kes wabak berkenaan dikesan jabatan berkenaan akan mengadakan penerangan bukan sahaja kepada pesakit malah kepada kaum keluarga serta jiran terdekat.

No comments:

Post a Comment