
"Menerusi penggunaan Tyron, kenderaan masih dapat dipandu dengan selamat pada kelajuan tinggi walaupun tayar meletup atau pancit," katanya selepas melancarkan sistem Perlindungan Tayar Kempis Tyron bagi Pantai Timur di Batu Burok kelmarin.
Dr Abdul Rahman berkata, harga tyron RM2,000 bagi empat tayar dan boleh digunakan sehingga 10 tahun.
Beliau berkata, Tyron sudah digunakan di London sejak tahun 1979 dan semua kenderaan polis, tentera dan ambulans di negara berkenaan menggunakannya.
Seiring dengan jaminan keselamatan yang disediakan sistem itu, Dr Abdul Rahman berkata, semua wakil rakyat, jabatan kerajaan negeri dan persekutuan wajar menimbang untuk menggunakan sistem berkenaan.
"Saya sudah menaiki kereta Proton Wira yang mana tayarnya dipasang dengan sistem Tyron dan kenderaan itu masih dapat meneruskan perjalanan dengan selamat walaupun tayarnya sudah meletup selepas melanggar paku yang diletakkan di jalan," katanya.
No comments:
Post a Comment