Sumber: Sinar Harian
Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) mewujudkan program ‘Fast Track’ bagi meramaikan usahawan bidang industri herba dan penjagaan diri, demikian kata Pengurus Besar YPU Terengganu, Azmi Razik.
Menurut Azmi, program itu dijangka dapat membantu belia dan individu yang ingin menjadikan industri herba dan penjagaan diri sebagai peluang keusahawanan.
“Setakat ini, YPU mengenal pasti lima syarikat industri herba dan penjagaan diri sebagai rakan program ‘Fast Track’ ke arah meningkatkan bilangan usahawan baru dalam bidang itu.
“Menerusi ‘Fast Track’, YPU akan membantu individu berhasrat menjadikan bidang herba dan penjagaan diri sebagai kerjaya dengan memberi bantuan pembiayaan permulaan perniagaan melalui skim pinjaman kecil,” katanya k ditemui pada Seminar dan Pameran Peluang Keusahawanan Industri Herba, Bioteknologi dan Penjagaan Diri di Pusat Dagangan Terengganu.
Menurutnya, pada masa yang sama, usahawan yang ingin membuka kilang penghasilan produk herba dan penjagaan diri boleh memohon bantuan pembiayaan Skim Pinjaman Tanpa Faedah yang disediakan.
Pihaknya turut merintis peluang menghasilkan produk penjagaan diri berasaskan herba dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang dan Universiti Teknologi Malaysia.
Produk yang dihasilkan adalah produk penjagaan diri berasaskan serai wangi dan ia boleh diperoleh di rangkaian kedai 24 jam T’Shoppe.
Bagi usahawan herba dan penjagaan diri tempatan yang memiliki produk dan masih mencari alternatif meluaskan pasaran produk, kami mempelawa untuk memasarkan produk mereka menerusi rangkaian kedai 24 jam T’Shoppe,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan pangkalan data YPU, setakat ini hanya 37 usahawan industri kecil dan sederhana tempatan dikesan terbabit secara aktif dalam sektor industri herba dan penjagaan diri.
Kami masih mencari usahawan lain yang berminat untuk turut serta.
Seminar industri herba dan ‘Fast Track’ itu diharap dapat meningkatkan bila-ngan usahawan menjelang 2013,” katanya.
No comments:
Post a Comment