
“Kewujudan syarikat kuari di negeri ini juga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat di sekitar kawasan kuari.
“Selain itu, sekiranya tiada industri kuari ini pembinaan bangunan tinggi, projek perumahan, pembinaan lebuh raya, jambatan, lapangan terbang dan lain-lain projek infrastruktur yang menggunakan produk kuari akan tergendala, selain pembangunan juga akan terbantut,” katanya.
Sehubungan itu, Charlie berharap semua pihak dapat menyokong industri kuari di negeri ini agar lebih berdaya saing dan mampu pergi lebih jauh.
Sementara itu menurutnya, MQAT kini lebih komited dan aktif bergerak dalam usaha membangun, menggalak, mempromosi dan menjaga kepentingan industri kuari secara sah dari segi undang-undang di negeri ini.
Menurut beliau: “Kewujudan MQAT sejak tahun 2004 juga menjadi perantaraan kepada ahli supaya bekerjasama dan berusaha menangani masalah berkaitan industri kuari, mengutip dan mengumpul segala maklumat untuk perkembangan industri kuari di negeri ini.”
No comments:
Post a Comment