PENDAPAT...
Oleh Din Deraman
Saya naik bengong (bingung) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kerajaan negeri yang sehingga ini ‘membisu seribu bahasa’ terhadap siasatan mereka terhadap projek mega yang bermasalah.
Sehingga kini, rakyat menunggu apa hasil siasatan berkenaan – sama ada sudah siap atau belum.
Kerajaan Terengganu juga perlu memaklumkan kepada rakyat dan bersikap telus mengenai siapa di belakang dan kumpulan mana yang menyebabkan berlakunya kejadian-kejadian bumbung stadium runtuh, pusat renang bocor, atap lapangan terbang runtuh dan juga kenapa Stadium Tertutup terpaksa ditutup?
Saya menyokong pandangan Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu, Ariffin Deraman yang mahukan SPRM mengadakan siasatan terperinci terhadap projek yang dibangunkan kerajaan di negeri ini kerana khuatir pembinaannya mempunyai unsur-unsur penyelewengan memandangkan ketahanan yang tidak memuaskan.
Saya bersependapat dengan Ariffin yang menyatakan pendapatnya melalui Sinar Harian semalam bahawa insiden terbaru melibatkan menara telekomunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut tumbang sekali lagi membimbangkan penduduk.
Walaupun insiden itu tidak mengorbankan nyawa sesiapa, kita semua khuatir sekiranya berlaku kejadian seperti itu pada masa akan datang, ditakuti ada yang terkorban dan sebagainya.
Jadi SPRM perlu siasatan terhadap semua projek kerajaan negeri.
No comments:
Post a Comment