Kerajaan Terengganu diminta supaya memulakan segera pembinaan jambatan yang

Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri berkata, meskipun kerajaan mengumumkan pembinaan jambatan itu sejak empat tahun lepas, namun sehingga kini jambatan itu belum menjadi kenyataan.
"Kita sudah tiga empat tahun bercakap mengenai pembinaan jambatan itu yang sepatutnya siap pada 2010.
Ini kerana kapasiti Jambatan Sultan Mahmud hanya mampu menampung maksimum

Mohd. Nasir berkata, pembinaan jambatan itu sangat perlu kepada penduduk di kawasan-kawasan berkenaan kerana di Kuala Nerus, terdapat beberapa kepentingan awam seperti lapangan terbang, kompleks sukan dan pusat pengajian tinggi.
"Sehubungan itu, kita juga mencadangkan agar kerajaan membina sebuah lagi jambatan yang akan menghubungkan antara Seberang Takir dan Bandar Kuala Terengganu sendiri," katanya.
Beliau berkata, jika jambatan baru tidak dibina, kesesakan teruk akan berlaku apabila berlaku kemalangan di jambatan sedia ada.
No comments:
Post a Comment