
Beliau berkata, pembangunan infrastruktur pendidikan itu antara tiga projek dirancang Perkaya tahun depan, selain program membaik pulih 53 asrama anak yatim seluruh negara dan pembelian ladang kelapa sawit yang kedua-duanya membabitkan kos RM200 juta.
"Kita sangat bersyukur kerana berjaya mengumpul dana RM300 juta hasil duit wakaf didermakan orang ramai dan korporat yang prihatin untuk kita melaksanakan perancangan dan pembangunan ini. Kita harap, semua projek dirancang Perkaya akan memberi manfaat untuk masa depan anak yatim dari seluruh negara.
"Melalui institusi pendidikan ini, kita harap semua anak yatim dapat meraih peluang melanjutkan pengajian pada peringkat tinggi bagi membantu mencorakkan masa depan mereka.
"Perkaya bukan saja bertanggungjawab menjaga kebajikan anak yatim, tetapi menitikberatkan aspek pendidikan agar mereka berjaya menjadi seorang berpelajaran," katanya yang ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan pakaian sempena Aidilfitri kelmarin.
No comments:
Post a Comment