Friday, August 7, 2009

Piala Sayang Setiu jadi rebutan

Persatuan Bola Sepak Daerah Setiu (PBSDS) akan menganjurkan pertandingan bola sepak Piala Sayang Setiu dalam mencungkil bakat baru di daerah itu esok.

Yang Dipertuanya, Marzuki Sulong, berkata, setakat ini 35 pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai RM20,000.

Katanya, pasukan bola sepak dari Kelantan, Pahang, Kedah dan Kuala Lumpur telah mengesahkan penyertaan. Yuran pendaftaran RM300 dikenakan bagi setiap pasukan.

Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 serta piala iringan, tempat kedua RM5,000, ketiga (RM3,000) dan keempat (RM2,000).

No comments:

Post a Comment