Monday, August 31, 2009

RM1 bilion tingkat pendidikan, ekonomi

Peruntukan melebihi RM1 bilion kepada Marang menunjukkan kerajaan serius untuk membangunkan daerah itu seiring dengan daerah lain.

Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar berkata, ia juga menutup andaian segelintir pihak bahawa Marang agak terpinggir berbanding daerah lain.

Menurutnya, peruntukan itu merangkumi semua aspek termasuk pembangunan fizikal, pendidikan dan ekonomi.

“Sekarang, kita tumpukan kepada aspek pembangunan kerana kemudahan asas seperti elektrik dan air boleh dikatakan sudah mencapai tahap 100 peratus. Pembangunan ini membabitkan projek Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

“Antara tumpuan kita adalah pembangunan jalan utama, jalan kampung, masjid, surau, sekolah dan klinik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa yang diadakan di kediamannya, semalam.

Menurut Abdul Rahman, untuk melaksanakannya, pihaknya bekerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri, Pejabat Daerah dan Majlis Tindakan Daerah Marang serta Kuala Terengganu untuk merealisasikannya.

Pada majlis yang diadakan, seramai 1,000 jemputan hadir membabitkan wakil 140 cawangan dari Parlimen Marang, ketua jabatan dan penduduk kampung.

Pada majlis itu juga, Abdul Rahman menyumbangkan ban-tuan keperluan asas kepada 25 keluarga miskin membabitkan kawasan Kampung Pengkalan Setar, Kampung Sungai Pinang/Kam-pung Baram, Kampung Kubang Panjang, Kampung Pengadang Baru dan Kampung Gelugor Kedai.

Menurut Abdul Rahman, terdapat kira-kira 1,500 penerima kebajikan bulanan di Marang dan pihaknya mengharapkan jumlah itu dapat dikurangkan, seiring usaha mengurangkan kadar kemiskinan melalui pelbagai saluran bantuan kerajaan.

“:Pihak kami juga juga memfokuskan kepada pembangunan Projek Perumahan Rakyat Termiskin dan Mesra Rakyat dalam usaha memastikan semua penduduk di Parlimen Marang mempunyai kediaman sendiri pada masa depan,” katanya.

No comments:

Post a Comment