Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak yang belum berbuat demikian supaya

Menurutnya, langkah itu mampu memberi sumbangan besar bagi membantu Kerajaan Negeri memberi perhatian kepada rakyat terutama dari aspek sumbangan sekiranya mereka benar-benar memerlukan.
“Saya ulangi pesan saya supaya JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) dapat mengagihkan kurma dengan sebaiknya kepada semua umat Islam, (inilah masa) yang paling sesuai berkunjung ke rumah penduduk, kalau taman perumahan, takkanlah tidak boleh. Inilah masa untuk jumpa rakyat.
“Dia (JKKK) lebih tahu anak buah kampungnya, jika sakit

Ahmad turut menyampaikan 3,000 kurma kepada Ketua Polis Terengganu, Senior Asistan Komisioner II Datuk Mohd Shukri Dahlan untuk diagihkan kepada polis di seluruh Terengganu di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), di Kuala Terengganu, kelmarin.
Selain itu, beliau mengingatkan rakyat di negeri ini agar memastikan rumah masing-masing sentiasa berada dalam keadaan selamat sebelum pulang menyambut hari raya di kampung.
Menurutnya, orang ramai perlu memastikan keselamatan harta benda bagi mengelak berlakunya kes jenayah seperti pecah rumah dan sebagainya akibat kelalaian tuan rumah.
Beliau turut meminta orang ramai memberi perhatian kepada pemasangan lampu di belakang rumah, selain memastikan pintu dalam keadaan berkunci sebelum meninggalkan kediaman.
“Keselamatan jalan raya perlu diberikan perhatian lebih-lebih lagi pertambahan kenderaan pada musim perayaan ketika ini dan mengingatkan ibu bapa memberi perhatian kepada anak untuk tidak bermain mercun.
“Pastikan juga tiada ada orang jual mercun (dan sekiranya ada) laporkan kepada pihak berwajib, jangan kira nak untung tapi atas penderitaan orang lain tak sepatutnya berlaku,” katanya.
No comments:
Post a Comment