Thursday, September 3, 2009

Maidam kutip zakat RM29.9 juta


Sumber : Utusan Malaysia

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (Maidam) Terengganu mencatatkan jumlah kutipan zakat yang memberangsangkan iaitu RM29.9 juta dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, jumlah itu meningkat berbanding RM26.8 juta dalam tempoh serupa, tahun lalu.

Beliau menambah dari segi agihan pula, sebanyak RM36.5 juta diagih pada sepanjang tahun lalu dan daripada jumlah itu, RM18.9 juta diagih dari Januari hingga Ogos tahun yang sama.

Sementara bagi agihan tahun ini, katanya sebanyak RM32.9 juta diagih untuk tempoh Januari hingga Ogos.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana walaupun keadaan ekonomi tak memberangsangkan, syarikat masih menunjukkan prestasi baik dengan menyumbang zakat," katanya selepas menerima sumbangan zakat daripada beberapa syarikat di Wisma Darul Iman, di Kuala Terengganu, semalam.

No comments:

Post a Comment