Pemuda UMNO Terengganu menggalakkan ahlinya mewujudkan blog bagi mematahkan dakyah dan tuduhan pembangkang terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Apli Yusof berkata, blog menjadi media alternatif golongan muda bukan sahaja di negeri ini tetapi seluruh negara untuk mencari maklumat terkini mengenai politik.
“Kami juga telah melantik beberapa ‘bloggers’ untuk memberi maklumat berhubung UMNO di Terengganu, selain mengadakan perjumpaan dengan mereka dan menggalakkan kewujudan aktivis muda,” katanya.
Menurut Apli, pihaknya juga turut menggalakkan golongan muda menyertai ‘facebook’ dan laman web sendiri bagi memberi penerangan kepada golongan berkenaan di semua peringkat berikutan laman itu semakin popular dalam kalangan orang muda.
Ditanya mengenai penyertaan Pemuda di negeri ini terhadap laman blog, Apli berkata, mereka dilihat kurang berminat.
“Bagaimanapun, jumlahnya semakin meningkat berbanding tahun lalu kerana menyedari pembangkang lebih banyak menggunakan blog sebagai alternatif untuk menyampaikan maklumat terkini politik kepada orang ramai,” katanya.
No comments:
Post a Comment