Pengarah JKM Negeri, Zuhami Omar berkata, kewujudan pusat itu memberi peluang kepada golongan terbabit memasarkan kraf tangan mereka seperti anyaman dan produk daripada barangan terbuang kepada pelancong.''Selain disediakan pusat jualan, kawasan tersebut juga akan dijadikan pusat
latihan kemahiran dalam usaha membantu mereka meningkatkan kualiti di samping mempelbagai produk supaya lebih menarik,'' katanya.Beliau ditemui pada majlis Sumbangsih Pandu Puteri anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu (PPPMCT) yang diadakan di Taman Rahmat, Marang semalam.
Hadir sama Yang Dipertua PPPMCT, Datin Seri Tengku Ramlah Azizah Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Taman Rahmat, Tahir Musa.
Pada majlis itu, PPPMCT menyampaikan sumbangan dan duit raya kepada 56 keluarga di Taman Rahmat yang menempatkan golongan cacat penglihatan dan OKU yang diwujudkan oleh kerajaan negeri sejak tahun 1981.
No comments:
Post a Comment