
Timbalan Presiden Celcom Wilayah Timur, Datuk Sulaiman Ahmad berkata, majlis sebagai penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengguna, selain memenuhi tanggungjawab sosial korporat mereka.
“Sejak empat tahun lalu, aktiviti ini dijadikan agenda tahunan dan tahun ini kita mempunyai 45 majlis berbuka puasa di seluruh negeri Pantai Timur. Di Terengganu sahaja kita ada 17 program dan hari ini (kelmarin) adalah yang ketujuh diadakan di negeri ini.
Majlis seumpama ini adalah peluang baik bagi Celcom untuk mendekatkan diri dengan pengguna, khususnya di kawasan luar bandar.
”Langkah proaktif ini juga sebenarnya lebih berbentuk keuntungan yang diperoleh dan diberi kembali kepada pengguna,” katanya.
Menurutnya, program kali ini memberikan kelainan tersendiri kerana pertama kali dilaksana dengan kerjasama dan penglibatan Terengganu FM.
“Selain itu juga kita turut menyampaikan sumbangan kepada 10 warga emas dari sekitar pekan Ajil dan diharap ia dapat meringankan beban mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian sewaktu majlis Berbuka Puasa Bersama Celcom, di sini, kelmarin yang turut dihadiri Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman, Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Datuk Rosol Wahid.
No comments:
Post a Comment