
Katanya daripada jumlah tanah yang diusahakan itu, 22,000 hektar ditanam dengan kelapa sawit manakala bakinya getah.
Dalam pada itu, beliau berkata Felcra sedia memajukan tanah-tanah terbiar milik orang perseorangan melalui konsep penyatuan dan pemulihan.
"Jika ada tanah terbiar, kami kumpulkan dengan membuat penyatuan supaya tanah itu lebih luas, sekurang-kurangnya 40 hektar manakala pembahagian hasil keuntungan akan dibuat mengikut keluasan tanah yang mereka miliki," katanya.
Che Mohd Zainun berkata Felcra juga memberi peluang kepada pesertanya menambah pendapatan dengan mengusahakan pelbagai tanaman selain kelapa sawit dan getah yang sedang diusahakan agensi berkenaan.
Katanya mereka boleh mengusahakan tanaman kontan seperti jagung, tembikai dan serai, yang boleh membawa keuntungan sebelum tanaman kelapa sawit dan getah mengeluarkan hasil.
No comments:
Post a Comment