Sunday, September 27, 2009

Felda fokus tiga perkara mulai 2010

Felda akan memfokuskan kepada tiga perkara utama mulai tahun 2010 iaitu rancangan penanaman semula sawit berumur 25 tahun ke atas, perumahan dan pembangunan komuniti dalam usaha untuk memenuhi kehendak dan meningkatkan taraf hidup masyarakat Felda.

Pengerusinya, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor berkata, Felda akan membelanjakan RM2.1 bilion untuk menanam semula sawit yang berusia 25 tahun ke atas seluas 92,000 hektar sehingga 2012.

“Tindakan menanam semula telah bermula sekarang dan sasaran kita semua rancangan tanaman semula selesai akhir tahun 2012,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya di Felda Residence di Kuala Terengganu, semalam.

Yusof berkata, projek perumahan dan pembangunan komuniti juga merupakan antara dua perkara yang akan diberikan penekanan bagi memenuhi kehendak masyarakat Felda.

Beliau berkata, industri penanaman sawit memberi pulangan lebih kurang RM10 bilion setahun dan memberi keuntungan kepada Felda sekitar RM1 bilion setahun.

No comments:

Post a Comment