
"Setiap tahun pada musim perayaan, memang kerap berlaku kemalangan di Jambatan Sultan Mahmud. Justeru, kami akan tempatkan 12 anggota kami di kawasan ini supaya lalu lintas bergerak lancar," katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Beliau berkata, JPAM juga akan menempatkan anggotanya di Kampung Sungai Tong kerana di kawasan ini banyak haiwan ternakan seperti lembu yang melintas jalan dan antara punca kemalangan.
Pada masa ini, JPAM Terengganu mempunyai lima ambulans iaitu tiga ditempatkan di sini, manakala masing-masing satu di Besut dan Dungun.
No comments:
Post a Comment