Arahan itu bertujuan melancarkan pergerakan lalu lintas dan mengatasi masalah kesesakan

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, kenderaan berat yang dikenakan sekatan termasuk lori balak, lori pengangkut bahan binaan, lori pembancuh simen dan jentera berat seperti kren.
Bagaimanapun, kata beliau, larangan itu tidak melibatkan lori yang membawa bekalan perubatan dan industri serta lori membawa barang keperluan harian.
"Langkah itu bukanlah menyusahkan mana-mana pihak tetapi bagi menjamin keselamatan orang ramai yang akan pulang ke rumah masing-masing sempena perayaan ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau berharap pengusaha atau pemandu lori akan mematuhi arahan tersebut bagi keselamatan dan kesejahteraan semua pihak.
Abdul Aziz berkata, sebanyak 2,500 polis trafik terlibat dalam operasi Ops Sikap Ke-20 yang bermula kelmarin hingga 27 September ini.
Seramai 19 pengguna jalan raya terkorban dalam nahas yang masuk hari kedua semalam.
No comments:
Post a Comment