Sunday, September 6, 2009

Maidam Mula Agih Bantuan Zakat

Oleh : Suriati Ali (UKOM)
Kira-kira 40,000 golongan fakir dan miskin di negeri ini mula menerima bantuan zakat membabitkan peruntukan hampir RM10 juta, sempena Ramadan ini.

Sumbangan itu disempurnakan Majlis Agama Islam dan Adat Terengganu (Maidam) secara berperingkat mengikut Dewan Undangan Negeri (DUN).

Yang Dipertua Maidam, Dato' Senara Muda, Dato' Haji Mazlan menghantar SMS gimik kepada Pelancaran Zakat Fitrah Melalui SMS di Pejabat Maidam, Kuala Terengganu.

Yang Dipertua Maidam, Dato’ Senara Muda, Dato’ Haji Mazlan Hashim, berkata sejumlah RM36.5 juta sudah diagihkan kepada kira-kira 45,000 penerima yang berlayakan termasuk mualaf, sehingga Ogos lalu.

Katanya, dalam tempoh sama, kutipan wang zakat yang dibayar pelbagai agensi termasuk anak syarikat kerajaan serta swasta berjumlah RM30juta.

“Bagi tahun ini iaitu berakhir Disember, Maidam mensasarkan kutipan zakat berjumlah RM60 juta iaitu kurang RM6 juta berbanding pungutan tahun lepas.

“Pihak kami mengambil keputusan mengurangkan sasaran kutipan itu kerana menyedari faktor kelembapan ekonomi, jika ianya pulih, pungutan dijangka kembali stabil,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pembayaran Zakat Fitrah melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS), di pejabat Maidam, Kuala Terengganu, 3 September lalu.

No comments:

Post a Comment