Sunday, September 6, 2009

MB mahu BN tawan DUN Manir

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yakin Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir dapat dikembalikan semula kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, beliau meletakkan syarat bahawa matlamat untuk me-ngambil semula DUN Manir akan tercapai dengan semangat setiakawan dan perpaduan.

Beliau percaya, kepimpinan baru di bawah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, BN akan dapat menguasai Manir yang menjadi kubu Pas sejak lima penggal lalu.

Dengan pengerusi UMNO yang baru, ia akan mencetus semangat dan perpaduan baru untuk bekerjasama antara satu sama lain bagi mengembalikan Manir kepada BN dalam pilihan raya umum ini.

Sampai bila Manir terus ‘dijajah’ oleh Pas? Dengan semangat perpa-duan dan setiakawan yang ada, ia boleh menebus maruah yang tercemar selama ini,” katanya ketika berucap sempena solat Isyak dan Terawih bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Masjid Kampung Teluk Menara, Manir, malam kelmarin.

Ahman yakin, kekuatan UMNO dan BN tetap ada di DUN Manir memandangkan kawasan tersebut pernah dimenangi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada BN sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau meminta pemimpin di negeri ini termasuk di peringkat akar umbi untuk sama-sama bersatu hati dalam membawa kemenangan terhadap DUN Manir.

Lebih jelas, kedatangan pemimpin atasan untuk melihat perkembangan politik di negeri ini bakal membawa harapan baru kepada rakyat Terengganu dan Manir khususnya.

“Dengan kesungguhan yang ada, marilah kita bersatu hati dan tenaga serta tanamkan azam supaya ada sinar bagi penduduk Manir.

“Mudah-mudahan dengan kedatangan pemimpin akan bawa harapan baru kepada negeri,” katanya.

No comments:

Post a Comment