Sunday, September 6, 2009

Skuad Penyu guna khidmat penyerang Felda United

Penyerang Felda United, Khairul Izwan menjadi satu-satunya pemain pilihan bagi menyertai Skuad Penyu mengharungi kempen Piala Malaysia yang dijadualkan bermula 26 September ini.

Pengurus pasukan Terengganu, Sheikh Ahmad Tajuddin Sheikh Yusof berkata Khairul Izwan juga dilihat sudah menjalani latihan bersama atlet negeri ini.

“Khidmat penyerang muda itu diperlukan bagi membantu menghadapi saingan kumpulan B yang turut menampilkan Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

“Khairul Izwan seorang pemain yang berbakat. Dia juga memiliki kemahiran yang sukar dicari dan jarang ada pada pemain lain.

“Musim ini menyaksikan dia menjadi pilihan utama pasukan Felda United untuk mengetuai barisan serangan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Sheikh Ahmad Tajuddin, Khairul Izwan kini menjadi sandaran pasukan Terengganu bagi mengisi tempat Azlan Ismail yang disahkan tidak dapat beraksi dalam tiga perlawananan kerana digantung daripada beraksi.

“Azlan didenda Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gara-gara melawan pengadil

No comments:

Post a Comment