Monday, September 14, 2009

Terengganu - kini gelombang UMNO pula…

http://alkisah4888.blogspot.com

saya kerap mengikuti perkembangan politik terengganu, walaupun telah meninggalkan negeri itu lebih 40 tahun lalu selepas tamat darjah enam di sekolah kebangsaan jabi apabila meneruskan persekolahan saya di pulau condong, machang dan kota bharu kelantan.

jarang sekali balik sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, apatah lagi dah bersara dari RTM dan menetap di kota kinabalu.

saya hanya balik pada hari penamaan calon PR12 lalu dan jengok-jengok kat besut, termasuk kampong jabi. tiada banyak perubahan berlaku, kecuali pekan jerteh. namun pekan kuala besut dan pekan jabi tetap sama, begitu juga tok dor, renik, apal dan beberapa pekan lain yang terletak dipinggir jalan besar antara kota baharu ke kuala tereengganu dan seterusnya ke kuala lumpur.

umno telah lama memerintah terengganu sebelum diambil oleh PAS. kemudian bekas menteri besar terengganu, datuk seri idris jusoh melancarkan gelombang biru, me lengkapkan kempen UMNO untuk bertakhta semula. berjaya menarik minat rakyat terengganu. idris dilantik menteri besar. kemudian pada PR12 lalu, UMNO menang lagi…ada sadikit kekecohan tentang perlantikan menteri besar, terabai seketika, walaupun semua negeri telah melantik menteri besarnya kecuali, pulau pinang, kedah, perak dan selangor. kelantan dah lali dengan PAS.

baginda tuanku sultan lantik ahmad said jadi menteri besar, bermulah terengganu negeri bergelar darul iman (negeri yang kuat iman) begelombang baru dengan politik umno yang tak stabil. berpuak dan beriak-riak diantara penyokong idris dan ahmad said.

berpanjangan hingga sekarang (walaupun ada berita berdamai….damai seketika seperti gencatan senjata antara palestine/israel). kini menjadi tegang balik, dari kes stadium runtuh, kolam renang yang bocor dan macam-macam projek tiris, ahmad said konon nak dihumban ke kabinet persekutuan.

hishamuddin pun bengang tak dapat selesai masalah itu, muhyiddin campur tangan dan terakhir ini seolah-olah UMNO terengganu berhantu. panas kerusi menteri besar, bagai disiram serbuk lada burung (cili padi).

apa sebenarnya UMNO terengganu mahu? sibuk berpolitik rebut jawatan, nak jadi itu dan nak jadi ini, sedangkan dikampung-kampung apa dah jadi? ada perubahan ke? walaupun lama meninggalkan kampung jabi, setiap kali pulang bercuti saya keliling daerah besut, masuk ikut seberang kuala besut, keluar ikut bukit puteri dan masuk seberang jerteh ke pasir akar, balik ke kampung jabi. dan ada juga masuk dari kuala terengganu melalui bandar permaisuri hingga ke guntung atau kadang-kadang terus ke kampong raja. apa ada pembangunan? pas masih tetap sembahyang jumaat di mesjid dia. sembahyang dua masjid masih berterusan di besut.

tak usah jauh, kedai kayu buruk di pekan jabi belum berubah dari saya masih sekolah rendah hingga bersara dari jawatan.bayangkanlah berapa lama.begitu juga apal, renik, gong penaga, tok dor dan bintang . lain-lain kawasan di selatan terengganu menampakkan kelaiananya, terutama dungun dan kemaman. mungkin kerana minyak dan bekas menteri besar dulu, tan sri wan mokhtar ahmad orang sana. tetapi bila idris memegang tampuk, kenapa besut tidak berubah? kini dilantik pengerusi MARA pula.

dukacita teramat sangat, sibuk merebut takhta, kampung dan desa terbiar. harap-harap slogan 1malaysia yang diwacana oleh najib berubahlah kampung kami.

jangan 1malaysia tinggal nama dan seperti yang lalu, cemerlang,gemilang dan terbilang, akhirnya terlentang, apabila penang, selangor, perak dan kedah kalah dalam PR12. PR13 akan datang bib, awas terlingkup nanti kalau pemimpin terengganu sekarang asyik bercakaran didalam UMNO, nak duduk dikerusi empuk, sedangkan kerusi kayu pun tak layak, berfikirlah secara matang.

kalah sabung kampung tergadai. jangan jadi si luncai terjun dengan labu-labunya (UMNO) pada PR akan datang.

lagipun dalam keadaan sekarang negara dah 52 tahun merdeka. perjuangan tokoh politik terdahulu memerdekakan negara bukan senang. banyak ruang susah dilalui dan perjuangan mereka terdahulu bukan sangat mencari nama, kedudukan dan kewangan.

tunku ab.rahman pun duduk di kerusi kayu, sekarang YB kita di kerusi apa? dulu YB masuk kampung jalan kaki berbatu-batu tanpa irirngan sesiapa kecuali penghulu atau ketua kampong.

sekarang YB kita ada polis, ada orang bawa fail, bawa beg bimbit dan lain-lain dikelilingi dengan pembodek-bodek yang mencari ruang….

tengok ke lingit dan fikirkan apa sebenarnya…

No comments:

Post a Comment