UMNO Terengganu sedang mempersiapkan jenteranya bagi membantu UMNO Negeri Sembilan untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang 11 Oktober ini.
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Hishamuddin berkata perkara ini antara yang dibincangkan pada mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri semalam.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua Penerangan yang juga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Laporan dari Putrajaya semalam menyebut, Barisan Nasional (BN) menerima lebih daripada satu nama yang dicadangkan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang di Negeri Sembilan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata: "Lebih dari satu (calon) telah dinamakan dan ini (calon) akan diputuskan esok pada sebelah petang di Bagan Pinang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pelajaran.
"Apa sahaja keputusan oleh pucuk pimpinan, ahli-ahli parti dari semua peringkat dan parti-parti komponen akan terima secara baik," katanya.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Azman Mohamad Noor dari BN pada 4 Sept. Penamaan calon ditetapkan Sabtu ini manakala pengundian pada 11 Oktober.
Selain itu mesyuarat turut membincangkan persiapan mengadakan Konvensyen Perpaduan Melayu pada November ini.
Mesyuarat turut membincangkan soal penubuhan biro-biro Umno negeri sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.
No comments:
Post a Comment