Monday, October 19, 2009

6,000 Nelayan Asing di Kelantan & Terengganu

Pasukan Gerakan Marin Wilayah Tiga akan mendapatkan kerjasama pihak berkuasa Thailand bagi mengesahkan buku pelaut yang digunakan lebih 6,000 nelayan asing yang beroperasi di Kelantan dan Terengganu terutama di bandar baru nelayan Tok Bali.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Wilayah Tiga (PGM), Pangkalan Kubur, DSP Tan Cheng San berkata ini kerana sebahagian besar daripada nelayan asing terbabit menggunakan buku palsu kerana buku yang dimiliki mereka termasuk warna kulit dan tulisan tangan didapati tidak menggunakan cetakan komputer seperti yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa di Thailand.

"Oleh itu, kerjasama pihak berkuasa Tahiland adalah perlu bagi mengelakkan kemungkinan nelayan asing terbabit digunakan pihak lain yang mengambil kesempatan dengan membabitkan mereka dalam kegiatan jenayah, katanya kepada pemberita ketika ditemui di Tok Bali kelmarin.
Katanya PGM mendapati maklumat mengenai diri nelayan asing terbabit tiada dalam rekod disebabkan kemasukan mereka ke negara ini tidak melalui pemeriksaan Imigresen.

"Setiap buku yang diklonkan itu dikenakan bayaran dengan harga yang tinggi iaitu sebanyak RM150 berbanding RM55 (buku sebenar) yang dikhas dan dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara ini kepada rakyat Thailand sahaja," katanya.

Tan berkata pihaknya sudah mengeluarkan amaran kepada pihak terbabit termasuk pengusaha bot laut dalam C dan C2 di sini supaya menghentikan khidmat nelayan asing ini dan berusaha mengambil nelayan asing yang memiliki buku pelaut yang benar-benar dikeluarkan oleh pihak berkuasa di Thailand.

Beliau berkata kelonggaran mengenainya sudah diberikan kepada mereka selama tiga bulan yang akan berakhir akhir Disember akan datang dan jika ada yang didapati masih ingkar, PGM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan Akta Perikanan 1985.

No comments:

Post a Comment