Monday, October 19, 2009

NC pertama terima lesen scuba

Sumber: Utusan Online














Aziz Deraman (dua dari kanan) mendengar taklimat menyelam skuba di Pulau Bidong, Terengganu, kelmarin.


Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Dr. Aziz Deraman menjadi Naib Canselor pertama memperoleh lesen selam skuba apabila lulus Kursus 'Open Water Scuba Diver' anjuran universiti tersebut di Pulau Bidong, Merang, kelmarin.

Kursus selama empat hari bermula 15 Oktober lalu itu turut disertai 30 peserta dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara.

Aziz yang meminati bidang marin itu, ternyata gembira apabila berjaya memperoleh lesen tersebut yang diyakini dapat memberi motivasi kepada pelajar-pelajarnya.

"Mempelajari aktiviti selam skuba bukanlah satu aktiviti yang mudah kerana memerlukan keberanian dan semangat yang tinggi, jika tidak mereka akan berasa takut ketika berada di dalam air dalam.

"Namun apabila kita belajar aktiviti ini dengan cara yang betul pasti memberi keseronokan yang sukar digambarkan jika tidak mencubanya sendiri," katanya.

No comments:

Post a Comment